Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian
buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
Bahan 1: Petikan
Kebanyakan remaja tidak mempunyai “peta kehidupan” yang jelas. Apabila ditanya tentang
cita-cita, kebiasaannya remaja menjelaskan bahawa hal itu bergantung
pada keputusan peperiksaan. Mereka menjadikan keputusan peperiksaan sebagai penentu masa hadapan. Sebenarnya, diri akan bersemangat mengharungi kehidupan
sekiranya mempunyai cita-cita. Jika seseorang ingin
menjadi doktor, sudah
tentu dia akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya. Mereka yang memiliki
cita-cita lebih bersedia terhadap perkara yang akan dilakukan
pada masa hadapan.
Seseorang yang bercita-cita menjadi pemain badminton profesional akan mengetahui langkah-langkah yang perlu dilakukan
ke arah merealisasikan
cita-citanya itu.
Selain itu, orang yang mempunyai
cita-cita akan mempunyai
jalan hidup yang jelas. Mereka tahu
arah hidup yang akan dijalani
dan tahu tujuan mereka belajar
serta menuntut ilmu adalah untuk mengejar cita-cita dan berusaha
sekuat mungkin untuk
mencapainya. Perkara yang mengalihkan fokus
mereka untuk mencapai cita-cita
akan dibuang jauh-jauh. Mereka yang mempunyai
cita-cita diyakini mempunyai mental dan niat yang semakin terarah.
Mental akan menjadi
lebih kuat untuk melawan rasa malas,
mengantuk, dan godaan bermain permainan
menerusi talian Internet.
Bagi remaja yang mempunyai cita- cita pula, mereka akan berusaha meningkatkan kemampuan diri. Misalnya, remaja yang mahu menjadi
doktor akan berusaha menguasai mata pelajaran Sains dan Biologi.
Orang yang mempunyai cita-cita, akan menjadikan kegagalan
sebagai titik mula untuk memastikan cita-cita yang sebenar berjaya
digapai. “Peta kehidupan” yang menjadi wawasan
kekal kehidupan kita itu
perlulah ditulis dengan
jelas berkenaan sasaran
hidup kita. Kalau kita ada peta kosong
sahaja tetapi tidak tahu apa-apa yang hendak
dilakarkan, maknanya kita tidak memiliki
cita-cita. Orang yang tidak ada cita-cita ialah orang yang tidak ada matlamat hidup.
Hal ini demikian kerana orang yang mempunyai
cita-cita akan berterusan berusaha
sehingga impian menjadi
kenyataan. Sesungguhnya, kita perlu mempunyai cita-cita sejak kecil. Namun, cita-cita kita perlu berubah mengikut keadaan semasa untuk mengelakkan
diri kita daripada menganggur.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Cita-cita dan
Matlamat Kehidupan”,
oleh Dr.
Muhaya Mohamad, Dewan Siswa, April
2020)