[Karangan Pendek PT3] Aku Sebuah Jejantas

Cikgu Muzz
By -
0

 BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH) 
Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.


CONTOH JAWAPAN 1
Aku merupakan sebuah jejantas dan aku dibina daripada campuran batu-bata dan simen. Banyak pejalan kaki menggunakanku untuk menyeberangi jalan raya yang sesak. Sememangnya, tujuan aku dibina adalah untuk memudahkan pejalan kaki untuk menyeberangi jalan. Selain digunakan oleh pejalan kaki, aku juga menjadi tumpuan peminta sedekah untuk meminta sedekah atau menjadi tempat berteduh bagi gelandangan kerana aku mempunyai bumbung. Aku berharap agar masyarakat kini akan menjaga dan menggunakanku dengan baik. Aku juga berazam untuk terus berkhidmat kepada masyarakat yang menggunakanku.
 
CONTOH JAWAPAN 2
Aku merupakan sebuah jejantas. Aku dibina daripada campuran batu-bata dan simen. Aku digunakan untuk memudahkan manusia menyeberang jalan. Aku sering menjadi tumpuan peminta sedekah dan tempat berteduh gelandangan. Banyak pejalan kaki menggunakanku setiap hari pada siang dan malam. Aku akan terus berkhidmat agar semua manusia dapat menggunakanku untuk menyeberang jalan.
 
CONTOH JAWAPAN 3
Aku sebuah jejantas. Aku dibina daripada campuran batu -bata dan simen .Aku dibina untuk memudahkan manusia-manusia menyeberang jalan. Aku menjadi tumpuan peminta sedekah dan juga banyak pejalan kaki menggunakan aku untuk memudahkan kerja mereka.Aku berasa akan terus berkhidmat untuk semua orang dapat menggunakan aku.
 
CONTOH JAWAPAN 4
Aku sebuah jejantas. Aku dibina daripada campuran batu dan simen. Seterusnya aku digunakan untuk kemudahan manusia menyebarang jalan, kadang-kadang aku menitiskan air mata apabila melihat ramai peminta sedekah di atas badanku ini. Selain itu, aku amat bangga kerana ramai pejalan kaki menggunakanKu. Akhir sekali aku akan terus berkhidmat tanpa berasa jemu.
 


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!