BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan maklumat yang diberikan di bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.CONTOH JAWAPAN 1 - HALEENA
Pada setiap perhimpunan pagi, murid-murid dan guru-guru akan berkumpul di tapak perhimpunan. Kemudian, mereka akan berdiri tegak untuk menyanyikan tiga buah lagu, iaitu lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Biasanya, tiga orang pengawas akan menaikkan bendera. Seterusnya, murid-murid akan mendengar ucapan daripada guru yang bertugas serta dinasihati agar murid-murid dapat menunjukkan sahsiah yang terpuji. Selain itu, terdapat penyampaian hadiah bagi kelas paling bersih. Akhir sekali, sebelum bersurai, para pengawas akan memeriksa pakaian murid lalu pulang ke kelas.
Pada awal pagi, murid-murid dan guru-guru akan berkumpul di tapak perhimpunan untuk perhimpunan pagi. Selepas itu, mereka berdiri tegak sambil menyanyikan lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Tiga orang pengawas menaikkan bendera ketika lagu-lagu dinyanyikan. Kemudian, murid-murid akan mendengar ucapan dan dinasihati oleh guru yang bertugas. Setiap minggu, terdapat penyampaian hadiah bagi kelas paling bersih. Seterusnya, semua pelajar dan guru akan bersurai. Pakaian semua pelajar akan diperiksa agar memakai pakaian lengkap. Akhir sekali, semua pelajar akan pulang ke kelas.
Pada setiap hari Isnin murid-murid dan guru guru akan berkumpul di tapak perhimpunan sekolah. Seterusnya mereka akan menyanyikan lagu negara diiringi dengan bendera yang dinaikkan oleh pengawas sekolah. Kemudian, semua murid akan mendengar ucapan yang disampaikanoleh guru yang bertugas pada minggu tersebut berserta dengan nasihat yang diberikan. Selain itu. pihak sekolah juga menyediakan hadiah untuk kelas yang paling bersih supaya mereka menjadi lebih bersemangat. Akhir sekali, sebelum murid-murid bersurai para guru akan membuat pemeriksaan pakaian.
Pada waktu pagi di sekolah,guru akan memaklumkan kepada semua murid supaya berkumpul di tapak perhimpunan.Kemudian,majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan,lagu negeri dan lagu sekolah.Pada masa itu murid perlu berdiri tegak bagi menghormati lagu tersebut.Kemudian,lagu dimainkan dan murid yang berada di tiang bendera menaikkan bendera.Seterusnya,ada ucapan daripada pengetua dan guru-guru untuk menasihati murid.Selain itu,terdapat hadiah bagi kelas paling bersih.Akhir sekali, sebelum bersurai pengawas yang bertugas akan memeriksa pakaian murid lalu pulang ke kelas.
Perhimpunan pagi ialah aktiviti yang mengumpulkan semua murid dan semua guru di tapak perhimpunan.Perhimpunan pagi diadakan sekali dalam satu minggu sesi persekolahan. Semasa perhimpunan pagi,semua murid akan berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.Kemudian,semua murid akan berdiri tegak lalu menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah.Manakala,pengawas sekolah pula akan menaikkan bendera semasa lagu dinyanyikan. Selepas itu,murid mendengar ucapan aluan daripada guru besar.Guru besar menyampaikan beberapa nasihat supaya murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah.Seterusnya,majlis penyampaian hadiah akan diadakan.Guru menyampaikan hadiah kepada kelas yang paling bersih. Akhir sekali,semua murid bersurai.Pengawas sekolah akan memeriksa pakaian semua murid sebelum mereka pulang ke kelas.