(Dipetik
daripada ‘Kenapa Pelajar Kurang Membaca’
Oleh Chritina
Lian, Suara Sarwak)
Petikan artikel di atas menunjukkan salah satu punca yang menyebabkan golongan pelajar kurang membaca. Sebagai individu yang paling hampir dengan golongan pelajar, ibu bapa seharusnya membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak mereka. Bincangkan cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Ibu bapa menyediakan ruang membaca yang kondusif di rumah.
Ibu bapa meluangkan masa membaca bersama-sama dengan anak-anak.
Ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke perpustakaan.
Ibu bapa memberikan ganjaran kepada anak-anak yang membaca sesuatu bahan bacaan sehingga habis.
Ibu bapa menghadiahi anak-anak dengan bahan bacaan.
Ibu bapa mendorong anak-anak menyertai program NILAM.
Selain itu, peranan ibu bapa yang seterusnya dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak ialah dengan memberi insentif jika anak-anak berjaya menghabiskan pembacaan sesebuah buku. Hal ini dikatakan demikian kerana pemberian insentif ini boleh menjadi suatu cara untuk memotivasikan anak-anak untuk membaca sesebuah bahan bacaan dengan lengkap. Sebagai contoh, ibu bapa boleh memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai atau barangan mainan kepada anak-anak sebagai ganjaran. Impaknya, anak-anak akan menjadi lebih bersemangat untuk membudayakan aktiviti membaca. Jelaslah, memberikan insentif kepada anaka-anak yang berjaya menghabiskan pembacaan sesebuah bahan bacaan merupakan iniasitif ibu bapa yang terbaik dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak.