BAHAN 1: PETIKAN KEFAHAMAN
Rasuah merupakan penyakit
sosial yang serius kerana mampu menjatuhkan sesebuah
kerajaan. Pada era digital ini menyaksikan peningkatan amalan rasuah dalam kalangan masyarakat Malaysia termasuklah
penguat kuasa dan pemimpin. Rasuah
dijadikan sebagai salah satu jalan pintas untuk seseorang itu mengecapi kemewahan hidup dalam masa singkat. Sebenarnya, tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah yang sistematik
harus dilaksanakan untuk membendung masalah ini. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah
menguatkuasakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
agar penularan amalan rasuah di negara ini dapat dikurangkan. Pegawai SPRM sentiasa
memberikan komitmen yang tinggi semasa menyiasat kes rasuah
tanpa memilih bulu.
Gejala rasuah juga dapat ditangani
sekiranya media massa memainkan peranan
dengan menyiarkan kes rasuah dan kesannya.
Secara tidak langsung,
masyarakat akan mendapat
kesedaran tentang betapa bahayanya jika mereka mengamalkan rasuah. Hal ini dikatakan demikian
kerana gejala rasuah
akan menjatuhkan nama baik serta imej negara dan diri. Lagipun,
media massa merupakan
media perdana yang mampu
mempengaruhi pemikiran masyarakat tentang sesuatu perkara.
Ibu bapa juga mestilah menyemai
sikap membenci rasuah
dalam diri anak-anak
sejak kecil lagi. Didikan agama dan moral
amat penting untuk
anak-anak bagi memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri. Lagipun, didikan
agama dan moral
yang mencukupi dapat
membantu seseorang itu
untuk membezakan perkara yang baik dan perkara yang tidak baik. Kita mengharapkan kerajaan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan pengamal
rasuah berfikir dua kali sebelum melakukan
rasuah.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Bendung Gejala Rasuah”, oleh
Nisha Haridas, Dewan Siswa, Februari 2020)
BAHAN 2: PANTUN