Pendahuluan Usaha membendung rasuah dan sebab-sebab masyarakat
menerima rasuah. Usaha Membendung Rasuah
Menerusi penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia.
Pegawai SPRM sentiasa memberikan komitmen yang tinggi
semasa menyiasat.
Media massa menyiarkan kes rasuah dan kesannya.
Ibu bapa menyemai sikap membenci rasuah dalam diri
anak-anak.
Didikan agama dan moral untuk anak-anak memantapkan
iman dan jati diri.
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang dan hukuman.
Sebab Masyarakat Menerima Rasuah
Rasuah berlaku apabila seseorang itu lemah iman.
Seseorang yang banyak berhutang akan mudah menerima
rasuah.
Seorang yang miskin tetapi mahu berlagak kaya.
Menerima rasuah kerana peluang ada di depan mata.
Kesimpulan Kita bersama-sama membendung dan membanteras gejala
rasuah supaya imej negara menjadi lebih
baik. CADANGAN JAWAPAN LENGKAP Rumusan membincangkan usaha membendung rasuah dan
sebab-sebab masyarakat menerima rasuah. Usaha membendung rasuah termasuklah menerusi
penguatkuasaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Selain itu, media
massa menyiarkan kes rasuah dan kesannya dan ibu bapa menyemai sikap membenci
rasuah dalam diri anak-anak. Seterusnya, didikan agama dan moral untuk
anak-anak memantapkan iman dan jati diri dan kerajaan menguatkuasakan
undang-undang dan hukuman. Sebab-sebab seseorang menerima rasuah ialah apabila
seseorang itu lemah iman dan seseorang yang banyak berhutang akan mudah
menerima rasuah. Seterusnya, menerima rasuah kerana peluang ada di depan mata. Kesimpulannya, semua individu perlu membendung amalan
rasuah agar imej Malaysia menjadi lebih baik. >>> Soalan