Perenggan kesimpulan yang ringkas bagi sesebuah karangan dapat dibina dengan sekurang-kurangnya menggunakan lima jenis ayat seperti berikut:
Ayat Cadangan Umum
Ayat Cadangan Khusus
Ayat Bahasa Indah
Ayat Harapan
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat Malaysia semakin luntur. Bincangkan punca-punca yang mengakibatkan perkara ini berlaku. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan.
Konklusinya, semangat kejiranan yang semakin luntur dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dipandang serius.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing untuk menyuburkan kembali semangat kejiranan.
Dalam hal ini, kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh memainkan peranan utama dengan melaksanakan kempen kesedaran tentenag kepentingan hidup berjiran.
Tegasnya, masyarakat hendaklah hidup bagai aur dengan tebing dan saling menyokong antara satu sama lain kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
Justeru, meskipun kehidupan alaf baharu berpaksikan teknologi ini semakin moden, namun masyarakat harus tetap berpegang kepada prinsip hidup berjiran kerana jiran ialah saudara paling rapat dalam kehidupan kita.
Konklusinya, semangat kejiranan yang semakin luntur dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dipandang serius. Oleh itu, pelbagai pihak perlu bertanggungjawab memainkan peranan masing-masing untuk menyuburkan kembali semangat kejiranan. Dalam hal ini, kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat boleh memainkan peranan utama dengan melaksanakan kempen kesedaran tentenag kepentingan hidup berjiran. Tegasnya, masyarakat hendaklah hidup bagai aur dengan tebing dan saling menyokong antara satu sama lain kerana bersatu teguh, bercerai roboh. Justeru, meskipun kehidupan alaf baharu berpaksikan teknologi ini semakin moden, namun masyarakat harus tetap berpegang kepada prinsip hidup berjiran kerana jiran ialah saudara paling rapat dalam kehidupan kita.