Berdasarkan maklumat di bawah tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Integriti merupakan suatu _____________ yang _____________ dalam _____________ seharian kita.
Salah satu contoh amalan _____________ ialah dengan mematuhi _____________. Misalnya, _____________ sampah ke dalam _____________. Selain itu, menunjukkan contoh yang _____________ juga merupakan _____________ yang berintegriti. Tamsilnya, _____________ orang _____________ melintas _____________. Di samping itu, sedia menghulurkan _____________ seperti menolong _____________ yang mengalami kesempitan _____________ juga merupakan amalan berintegriti.
Kesimpulannya, semua _____________ hendaklah mengamalkan nilai _____________ dalam kehidupan seharian.
Dalam kalangan masyarakat, integriti merupakan suatu amalan mulia yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian setiap individu. Terdapat beberapa contoh yang boleh kita patuhi untuk mengamalkan sikap integriti.
Antaranya ialah mematuhi peraturan di mana-mana sahaja. Peraturan merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan kita. Salah satu contoh mematuhi peraturan ialah membuang sampah di dalam tong sampah atau tong kitar semula. Seterusnya, kita juga boleh menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak dengan membantu orang buta melintas jalan raya. Akhir sekali, kita hendaklah sedia menghulurkan bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan. Contohnya, kita boleh menderma barangan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir untuk meringankan beban mereka.
Konklusinya, sikap berintegriti merupakan sikap yang harus diamalkan dalam diri kita agar dapat memupuk sebuah masyarakat yang bersatu padu.
Sebagai masyarakat Malaysia yang baik kita mestilah berintegriti. Integriti merupakan kejujuran atau ketulusan amalan baik dalam kehidupan seharian kita.
Salah satu contoh amalan baik ialah mematuhi peraturan seperti berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah dan membuang sampah ke dalam tong kitar semula. Hal ini dapat membentuk disiplin dalam diri kita. Selain itu, kita hendaklah menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda. Hal ini dapat menggalakkan mereka berbuat baik antara satu sama lain. Akhir sekali, kita wajarlah sedia menghulurkan bantuan seperti menolong orang yang kurang upaya melintas jalan dan menolong guru mengangkat buku yang berat.
Kesimpulannya, semua masyarakat Malaysia hendaklah berintegriti supaya kita dapat hidup dengan harmoni antara satu sama lain.