LATIHAN
Guru ialah insan yang wajar
dihargai. Nyatakan cara-cara anda menghargai guru anda. Kemudian, pilih salah
satu cara tersebut dan kembangkannya dalam sebuah perenggan isi yang lengkap. Panjangnya
huraian anda hendaklah tidak kurang daripada 100 patah perkataan.
CARA-CARA MENGHARGAI GURU
Belajar bersungguh-sungguh
Berdisiplin dan mematuhi
peraturan
Berbudi bahasa
Menaikkan nama sekolah
Amalan ziarah-menziarahi
Bertanya khabar
Salah
satu cara yang boleh diamalkan untut menghargai guru ialah dengan mempraktikkan
budi bahasa apabila berkomunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana budi
bahasa merupakan amalan mulia yang penting sehingga digariskan dalam Rukun
Negara di bawah prinsip kesopanan dan kesusilaan. Justeru, sebagai murid
menggunakan tutur kata yang sopan dan nada suara yang rendah apabila
berkomunikasi dengan guru. Implikasinya, para guru akan berasa senang hati
dengan murid sekali gus dapat mengelakkan guru daripada guru berkecil hati
terhadap murid. Dalam merealisasikan hasrat ini ibu bapa terlebih dahulu perlu
membentuk diri anak-anak untuk bertutur menggunakan bahasa yang sopan sejak
kecil ketika berada di rumah bak kata peribahasa sedang rebung elok dipatah,
jadi buluh melepuh jari. Oleh yang demikian, sudah terang lagi bersuluh mengamalkan
nilai budi bahasa ketika berhadapan dengan para pendidik merupakan suatu wadah
dalam menunjukkan penghargaan kepada guru.