Judul: Cinta Biar Saja Ada
Penulis: Rehan Makhtar
Penerbit: Blogijau Enterprise
Bilangan Halaman: 442 muka surat
Tahun: September 2020
Ulasan:
Hidup tanpa kasih sayang ibarat gesekan biola tanpa
irama. Hidup tanpa belaian seorang yang bernama ibu umpama petikan gitar tanpa
suara. Hidup yang tandus dengan sentuhan sayang daripada insan yang dipanggil
keluarga sepertinya tiupan seruling yang sekadar keluar dengusan nafas cuma.
Naqiah. Dialah jiwa yang diumpamakan biola tanpa irama. Dialah hati yang
diibaratkan petikan gitar tanpa suara.
Naqiah. Berdosakah dia jika dia menyintai muzik.
Bersalahkah dirinya jika jemarinya memetik tali gitar mengundang bunyi nyaring?
Di manakah salahnya, jika semuanya masih dalam batasan? Barangakli muzik itu
teman sejati. Boleh jadi muzik itu merawat rawan dalam hati.
Kerana muzik Naqiah bertemu dengan Nashriq. Pertemuan
yang mengundang pertemuan kedua. Pertemuan kedua yang menghadirkan janji yang
entah masuk di akal atau tidak. Dan Naqiah bersetuju...
Takdir. Bagaimana mungkin Nashriq menggunakan Naqiah sebagai
jambatan untuk mendapatkan Nadiah, kakak kandung Naqiah; sedangkan wajah lelaki
itu sudah mencipta arca dalam hati Naqiah...
Seumur hayatnya, Naqiah mengorbankan segalanya. Ya,
segalanya yang dimiliki, semata-mata untuk secebis kasih sayang sebuah keluarga
yang terpotret dengan wajah seorang ibu, seorang bapa dan seorang kakak. Sayang
sekali potret itu tidak cukup besar untuk memuatkan wajahnya. Sayang seribu
kali sayang, separuh wajah Naqiah juga tidak terbias dalam potret keluarga itu.
Lalu salahkah dia korbankan Nashriq yang sudah bertakhta di dalam hati demi
kakaknya sendiri semata-mata untuk meraih secebis ruang dalam potret keluarga
itu?
Naqiah... Adakah tiada bahagia untuknya.
Nashriq... Adakah kesabaran milik lelaki itu?
Cinta... Biar Saja Ada; nukilan penulis kegemaran
ramai ini ada jawapannya.
Kesimpulan:
★★★★★