Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 20: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 


Petikan di bawah mengandungi sebelas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sebelas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
 
Koronavirus (COVID-19) merupakan pandemik baru yang belum pernah dikenalpasti. Malaysia salah satu dari negara di dunia yang turut kehadapan dengan COVID-19. Kes pertama dikesan di Malaysia pada Januari 2020 apabila tiga orang pelancong warga China masuk ke Malaysia menyeberangi Johor dari Singapura. Bermula dengan kes itulah menularnya COVID-19 ke seluruh pelusuk negara yang mencetuskan berbagai-bagai kluster. Pada awalnya, Malaysia masih membenarkan kemasukan pelancong asing ke dalam negara dengan pemeriksaan kesihatan yang baik.
 
Pada 27 Januari 2020, kerajaan mewartakan sekatan sementara untuk kemasukan rakyat negara China yang tinggal di bandar Wuhan, Wilayah Hubei dan sekitarnya. Walau bagaimana pun, tindakan ini gagal disekat penularan COVID-19 ke seluruh negara. Sehingga makalah ini ditulis, Malaysia mencatitkan lebih daripada 6000 kes jangkitan COVID-19 dan lebih 100 kematian.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada Mengadaptasi Kebiasaan Baharu 
oleh Rodzi Man, Dewan Masyarakat, Jun 2020)
 
[11 markah]

Post a Comment

0 Comments