Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 21: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala Petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
 
Petikan 1
Sarang burung walet mempunyai pelbagai manafaat yang telah diketahui umum. Pengambilan dan amalan memakan sarang burung walet dalam jangkamasa panjang dipercayai dapat melegakan kesan penuaan. Enzim yang cergas dalam sarang burung turut meransang antibodi sekali gus dikuatkan lagi sistem imun dalam badan bagi melawan penyakit.
 
Petikan 2
Kita akan mendapat ilmu pengetahuan yang luas di perpustakaan kerana di situ terdapat himpunan buku-buku daripada pelbagai cabang ilmu. Terdapat buku-buku fesyen dan buku-buku ilmiah yang bermutu untuk rujukan ramai orang khususnya murid sekolah. Suasana di dalam perpustakaan yang selesa, tegang dan sunyi amat sesuai untuk pengunjung membaca buku dan mengulangkaji pelajaran.
 
[11 markah]

Post a Comment

0 Comments