Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 22: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 


Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala Petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
 
Petikan 1
Kebanyakan orang ragu-ragu untuk mengambil makanan pedas dalam diet harian mereka. Sebenarnya makanan pedas bertindak sebagai pembakar kalori yang afektif. Para penyelidik-penyelidik mencadangkan bahawa ekstrak pedas mempunyai potensi untuk dirawat asma dan penyakit hipersensitif yang lain. Makanan pedas mempunyai tindakan pengawit yang melambatkan kerosakan makanan. Oleh kerana itu, kita perlu mempunyai ilmu untuk berdiet. Tanpa ilmu, kita akan beramal diet yang salah.
 
Petikan 2
Terdapat pelbagai cara untuk merealisasikan amalan gaya hidup sihat di dalam kehidupan seharian kita. Antara langkahnya ialah kita hendaklah menjalani peperiksaan kesihatan yang berkala di pusat perubatan. Langkah ini penting agar supaya kita mengetahui taraf kesihatan kita sama ada kita sihat atau kita menghidap penyakit tertentu.
 
[11 markah]

Post a Comment

0 Comments