Latihan Penyuntingan 23: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

Cikgu Muzz
By -
0
 

Dalam Petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala Petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
 
Petikan 1
Pertumbuhan gejala sosial semakin meningkat dari masa ke semasa. Kita sering kali melihat di dada akhbar dan mendengar di corong-corong radio mengenai tentang perlakuan negatif yang dilakukan oleh para remaja pada masa kini. Kebejatan sosial di kalangan remaja kini makin meragukan pelbagai pihak.
 
Petikan 2
Tarikh 31 Ogos 1957 sentiasa dipahat dalam ingatan rakyat Malaysia. Tanah Melayu dibebas daripada cengkaman penjajahan British selepas dijajah hampir 500 tahun dengan beberapa siri kedatangan penjajah bermula dengan Portugis, Belanda, British dan pendudukan Jepun sebelum kedatangan British semula. Tarikh 16 September 1963 pula, negara Malaysia dibentuk secara resmi setelah melalui frasa konfrontasi Indonesia dan Filipina yang menuntut kepulauan Borneo atas beberapa faktor-faktor seperti geopolitik dan persejarahan.

[11 markah]

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!