Mengangkat individu yang tidak seharusnya diangkat
sekali gus memberi populariti percuma sepertinya sudah menjadi kebiasaan buat
media di Malaysia. Sama ada media elektronik mahupun media penyiaran semakin
parah mengejar rating dengan mengundang individu-individu yang tular dengan
pelbagai perkara yang tidak penting mahupun memberikan manfaat kepada khalayak
umum.
Jika sebelum ini dunia hiburan dan program seni
dilihat sebagai medan yang digunakan oleh media untuk mengangkat individu
sedemikian untuk meraih rating, namun hari ini sebuah stesen televisyen tanah
air menjadi bualan hangat apabila perkongsian sekeping gambar oleh pengacara
sebuah program TV bersama seorang individu yang diklasifikasikan oleh majoriti
rakyat Malaysia sebagai ‘biadab’ ke rancangan yang diterbitkan oleh stesen TV
berkenaan. Mendapat kecaman hebat membuatkan gambar bertiga (pengacara,
panelis, dan individu tular) yang dimuat naik menerusi page pengacara lelaki yang digelar Pencetus Umah itu telahpun
dipadam.
Lantaran kecaman dan kritikan mula menghujani laman
sosial milik stesen TV berkenaan yang bertali arus membuatkan pihak penerbit
mengambil inisiatif menangguhkan siaran program berkenaan. Untuk makluman
program berkenaan merupakan sebuah program yang membincangakn isu tular. Kehadiran
individu tular itu dikatakan untuk memberi nasihat tentang penggunaan media
sosial dengan betul supaya hanya berkongsi perkata yang betul sahaja. Walau bagaimanapun,
penjelasan oleh pihak stesen TV berkenaan nampaknya tidak menghentikan kritikan
warga maya.
Rata-rata masyarakat yang menulis komen terdiri dalam
kalangan orang Melayu dan bergama Islam kerana stesen TV ini terkenal dengan
imej Islam dan program-program kerohanian. Bukan hanya di Facebook, isu ini
turut mendapat perhatian tweet famous di Twitter. Di mana-mana platform media
sosial, jelas menunjukkan warga maya tidak berpuas hati dengan tidakan pihak
penerbit program TV berkenaan mengundang individu tular berkenaan menghiasi
kaca televisyen.
Bagi cikgu, menerbitkan sebuah program tular ini
banyak risikonya. Pihak penerbitan perlu peka dan menganalisis kandungan
penyiaran daripada pelbagai aspek. Mengangkat sisi kebaikan daripada sesuatu
yang bermula daripada sisi kejahatan itu tidak mudah. Apatah lagi dalam konsep
pemikiran dan tamadun masyarakat Melayu di Malaysia. Cukup-cukuplah media
mengangkat individu yang tidak sepatutunya diangkat dan diberikan populariti. Konflik
dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat Melayu bergama Islam sudah cukup
parah dewasa ini, dan kita tidak memperlukan kandungan media penyiaran yang
sedemikian rupa daripada sebuah stesen TV yang mengangkat imej baik selama ini.