Resensi Novel Miss Amerikano Karya Rin Ahmad

Cikgu Muzz
By -
0
 


Judul: Miss Amerikano
Penulis: Rin Ahmad
Penerbit: Alaf 21
Tahun: 2020
Bilangan Halaman: 358 muka surat
 
Ulasan:
Sesiapa yang mengikuti rentak penulisan Rin Ahmad mesti boleh membayangkan corak penulisan beliau yang sering bermain dengan latar tempat dengan sentuhan spesifik. Singapore  dan Czech merupakan antara dua buah negara selain Malaysia dan vegas menjadi pilihan penulis untuk diadun dalam ramuan Miss Amerikano.
 
Topik senjata menjadi fokus utama yang disandarkan dalam kerjaya kedua-dua watak utama novel ini iaitu Ehsan dan Hana. Terus terang sebagai pembaca yang kosong tentang dunia senjata, sebagai pembaca saya perlu beri tumpuan sepenuhnya ketika pembacaan supaya benar-benar dapat mengikuti plot yang cuba disampaikan.
 
Konflik yang dijalin antara Hannah dan Hana yang bertemu titik pada Ehsan pada mulanya memerangkap fikiran pembaca bahawa Hannah dan Hana sebenarnya orang yang sama. Namun, sebaliknya pula yang berlaku. Hannah yang hilang tiba-tiba. Hana yang muncul secara tak sengaja. Ehsan? Adakah cintanya setia pada Hannah? Atau tanggungjawab sebagai suami sahaja yang mengikat dirinya kepada Hana?
 
Nak tahu? Kenalah baca sendiri. Miss Amerikano merupakan novel ketiga Rin Ahmad bersama penerbit Alaf-21. Kebetulan terjumpa di rak buku ketika berkunjung ke toko buku. Punyalah ketinggalan zaman, sebab sebelum ini novel Rin Ahmad di bawah label Kaki Novel memang ada dalam simpanan kerana gaya penulisan beliau kena dengan hati.
 
Cumanya Miss Amerikano ini ambil masa sedikit untuk disudahkan pembacaannya; setiap perenggan dalam naskhah ini agak panjang. Jadi bilamana font tulisan agak kecil dan spacing juga agak padat terasa sesak nafas. Lelah mata menjamu setiap tulisan yang agak padat. Entahlah, mungkin lama tak sentuh penerbitan Alaf 21 ataupun mata makin jadi kelabu!

Kesimpulan:
★★★
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!