Latihan Rumusan SPM KSSM: Media Sosial

Cikgu Muzz
By -
0
 
Baca petikan dan teliti sajak yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan.
 
BAHAN 1: PETIKAN KEFAHAMAN
Pada masa ini, penggunaan laman sosial melalui Internet amat popular di Malaysia. Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi satu trend dalam kehidupan masyarakat kini. Remaja kini telah menjadikan penggunaan laman sosial di Internet sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini disebabkan oleh aplikasi yang terdapat di laman sosial yang canggih dapat menarik perhatian masyarakat di Malaysia.
 
Penggunaan laman sosial dapat menambah kenalan yang baharu di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula. Laman sosial ini digunakan sebagai suatu medium utama untuk mencari kenalan lama yang telah terputus. Mereka akan mengetahui kerjaya rakan dan berinteraksi antara satu sama lain. Selain itu, ramai remaja juga dapat membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang sosial. Secara tidak langsung mereka juga dapat menambahkan pendapatan bulanan mereka.
 
Seterusnya, media sosial dijadikan medium untuk menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh diletakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Permintaan bantuan cemas juga dapat disebarkan. Di samping itu, dapat berkongsikan maklumat dan ilmu. Sebagai contoh, laman sosial dapat menggantikan televisyen untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengan serta merta melalui twitter dan laman web tertentu.
 
Namun begitu, penggunaan laman sosial menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan. Hal ini demikian kerana, terdapat banyak kes penipuan yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja perempuan. Mereka biasanya akan mengikut semua kemahuan yang diminta oleh rakan dalam laman sosial tersebut. Selain itu, penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan sehingga menyebabkan mereka mengabaikan pelajaran kerana tiada masa yang diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran. Menulis status peribadi yang kurang wajar mungkin mencetuskan perbalahan sesama pengguna media sosial. Apatah lagi jika status peribadi itu menular dan menjadi bahan kutukan dan kejian masyarakat. Pengguna akan mengalami stres yang berpanjangan akibat tindakan memuat naik status yang boleh dijadikan bahan fitnah.

Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap laman sesawang sosial yang tidak bertanggungjawab. Sebagai manusia yang berakal pastinya kita perlu menangkis setiap perkara yang buruk. Pepatah ada mengatakan bahawa “mencegah itu lebih baik daripada mengubati”.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada,
 ‘Media sosial dan remaja’, Sumber Internet, Februari 2020)

BAHAN 2: SAJAK

>>> Jawapan

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!