Jawapan Rumusan SPM KSSM: Media Sosial

Cikgu Muzz
By -
0



CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: MEDIA SOSIAL
Pendahuluan
Rumusan ini membincangkan kebaikan dan keburukan Internet kepada remaja serta tindakan-tindakan/cara-cara individu menerima sesuatu maklumat dari media sosial.
 
BAHAN 1
Kebaikan Internet kepada remaja
  • mengisi kekosongan waktu mereka
  • dapat menambah kenalan yang baharu di samping hubungan yang telah lama terputus dapat dieratkan semula.
  • dapat membuat bisnes dan membuat promosi melalui laman sesawang  sosial
  • medium untuk menyebarkan maklumat.
  • dapat berkongsikan maklumat dan ilmu
 
Keburukan Internet kepada remaja
  • menyebabkan berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan
  • penggunaan laman sosial menyebabkan golongan remaja menjadi lalai dalam melakukan sesuatu tugasan
  • Menulis status peribadi yang kurang wajar mungkin mencetuskan perbalahan sesama pengguna media sosial
 
BAHAN 2
Keburukan Internet
  • banyak berita aneh dan khabar pelik yang boleh menggemparkan suasana damai
 
Tindakan/cara individu menerima sesuatu maklumat dari media sosial
  • individu hendaklah merenung sesuatu berita dari media sosial
  • individu hendaklah berfikir sebelum menerima sesuatu berita dari media sosial
  • individu hendaklah menyaring setiap kisah yang diterima dari media sosial
 
Kesimpulan
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memantau penggunaan media sosial dalam kalangan remaja   agar generasi muda yang bertanggungjawab dapat dilahirkan.

 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!