Judul:
Biarkan Pergi
Penulis: Emy Roberto
Penerbit: Emelyne Bani Anak Jam
Tahun:
November 2018
Bilangan Halaman: 128 muka surat
Ulasan:
Membaca sebuah kisah yang ringkas persis mini novel tak memerlukan masa yang lama. Karya dengan 128 muka surat ini mempunyai cerita straight forward. Kisah Jai Jilani dan Insyirah dipotretkan Emy Roberto dalam naskhah Biarkan Pergi. Mini novel ini mengungkapkan perkahwinan aturan keluarga yang secara tidak langsung lebih awal telah mempertemukan Jai dan Insyirah dalam beberapa siri pertemuan. Tak banyak momen mengayat serupa tertumpah sekilo gula, Jai dan Insyirah selamat bernikah.
Konflik yang dipaparkan adalah lumrah biasa dalam
pasangan muda. Tidak matang. Belum bersedia memiliki anak; dan yang paling
memuncak kemunculan kembali tinggalan dosa lama. Tak seperti peleraian novel biasa, Biarkan
Pergi menghadirkan sisi heroin yang tegar melangkah pergi dengan titik
perceraian.
Jika anda mahu membaca kisah seorang wanita yang
menjadi isteri kepada seorang lelaki pilihan keluarga, kemudian terhiris luka
dengan noda lampau yang memberi impak dalam kehidupan rumah tangganya, maka
Biarkan Pergi boleh menjadi peneman anda mungkin dalam 30 hingga 60 minit mampu
disudahkan keseluruhan cerita! Namun harus diingatkan jika anda seorang pembaca yang suka meresap jiwa dalam karya, mahukan setiap momen yang terperinci, tidak tergesa-gesa, dan ending yang perfect, mungkin anda perlu berfikir dua kali sebelum membaca naskhah ini!
Kesimpulan:
★★