Latihan Pemahaman Novel SPM 1: Songket Berbenang Emas

Cikgu Muzz
oleh -
0


SOALAN 8(i): PEMAHAMAN NOVEL
Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Saleha, bagaimana dengan kesihatan? Baik? Baguslah. Jika kesihatan engkau sudah pulih, pulanglah. Kita berkumpul anak- beranak. Kasihan Anggerik, waktu- waktu sedang membesar, dia memang memerlukan perhatian ibunya. Hanya engkau yang mampu. Aku meskipun boleh, tetapi tidak sama dengan kasih sayang yang engkau berikan.

Pulang? Ya! Kecuali Abu Bakar, malam ini kita makan bersama-sama. Kita memang  tiada apa-apa yang hendak dibanggakan tetapi keriangan anak-anak penawar kesusahan yang kita tanggung.

Apa, engkau masih sakit? Bersabarlah. Sehari dua lagi, baiklah. Dengarlah nasihat  doktor. Jika suruh makan ubat, makan. Jangan membantah. Abang tahu engkau tidak suka akan benda-benda pahit tetapi kali ini, suka atau tidak telan sahaja. Yang pahit itu mujarab. Suruh makan, makan. Jangan membantah.

 
Dipetik daripada Novel Songket Berbenang Emas,
Karya Khairuddin Ayip,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
(i) Nyatakan harapan ‘Si Suami’ kepada isterinya.
[4 Markah]

ANALISIS ISI DALAM PETIKAN NOVEL

Saleha, bagaimana dengan kesihatan? Baik? Baguslah. Jika kesihatan engkau sudah pulih, pulanglah. Kita berkumpul anak- beranak. Kasihan Anggerik, waktu- waktu sedang membesar, dia memang memerlukan perhatian ibunya. Hanya engkau yang mampu. Aku meskipun boleh, tetapi tidak sama dengan kasih sayang yang engkau berikan.

Pulang? Ya! Kecuali Abu Bakar, malam ini kita makan bersama-sama. Kita memang  tiada apa-apa yang hendak dibanggakan tetapi keriangan anak-anak penawar kesusahan yang kita tanggung.

Apa, engkau masih sakit? Bersabarlah. Sehari dua lagi, baiklah. Dengarlah nasihat  doktor. Jika suruh makan ubat, makan. Jangan membantah. Abang tahu engkau tidak suka akan benda-benda pahit tetapi kali ini, suka atau tidak telan sahaja. Yang pahit itu mujarab. Suruh makan, makan. Jangan membantah.

CADANGAN JAWAPAN LENGKAP

Jika kesihatan isterinya sudah pulih, si suami mengharapkan kepulangan isterinya. Seterusnya, si suami juga ingin berkumpul anak-beranak. Akhir sekali, si suami berasa kasihan kepada Anggerik kerana waktu-waktu sedang membesar dia memang memerlukan perhatian ibunya. 


Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)