Soalan 6: Petikan Umum
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Menurut Yunus Pipet (1993) "orang Melayu rata-rata ialah petani yang menerokai hutan dan mencari tanah baru, pada suatu masa dahulu, sebagai tempat mencari rezeki. Setelah penat membanting tulang mereka juga ingin berehat serta bergembira tanpa membazirkan waktu dan harta. Dari sinilah mereka memikirkan cara menggunakan bahan terbuang yang sedia ada di sekeliling mereka dengan sebaik mungkin. Oleh sebab pada masa itu alat permainan sukar diperoleh di pasaran, lalu mereka berusaha mencipta peralatan itu sendiri. Berbekalkan daya kreatif, kesungguhan dan idea, mereka mencipta gasing sebagai alat hiburan daripada saki baki kayu yang ditebang oleh mereka atau lebihan membuat rumah. Penciptaan gasing tergolong dalam seni tampak. Gasing boleh dikategorikan dalam penghasilan yang kreatif
Sumber : Internet
Nama lain bagi wau ialah layang-layang. Perkataan “wau” ini dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut. Sejak berkurun lagi permainan wau sangat rapat dengan masyarakat Kelantan. Wau ini juga telah diangkat untuk dijadikan sebagai salah satu tradisi negeri Kelantan. Antara wau yang terkenal ialah Wau Bulan, Wau Kekek, Wau Puyuh, Wau Kebayak dan Jala Budi. Wau Kelantan ini sangat terkenal dengan kehalusan seni ciptaannya dan turut dianggap unik oleh sesetengah masyarakat luar. Wau-wau ini biasanya akan diterbangkan di udara sebagai permainan pada waktu lapang. Negeri-negeri lain di pantai barat dan Semenanjung Malaysia menggunakan perkataan layang-layang berbanding wau. Selain itu, kemunculan nama wau juga dikaitkan dengan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
Sumber : Internet
[2 Markah]
[3 Markah]
(iii) Generasi muda pada hari ini
tidak meminati permainan wau dan gasing disebabkan oleh beberapa faktor.
Pada pendapat anda, apakah
faktor-faktor tersebut?
[3 Markah]
(iv) Permainan tradisional melambangkan khazanah budaya kita yang tidak ternilai. Oleh itu, Kelab Kebudayaan di sekolah anda berhasrat untuk memupuk minat dan pengetahuan warga sekolah terhadap permainan tradisional. Anda sebagai pengerusi Kelab Kebudayaan di sekolah anda ditugaskan menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
[4 Markah]
(i) Maksud rangkai kata dianggap unik seperti yang terdapat dalam Bahan 2 ialah dipandang istimewa.