Judul: Our Scars Penulis: Acik Lana Penerbit: Booku Enterprise Tahun: Oktober 2023 Bilangan Halaman: 682 muka surat Ulasan: Dramatik. Mendebarkan.
Tertanya-tanya. Itu antara tiga patah perkataan yang dapat menyimpulkan
keseluruhan 682 halaman novel tulisan Acik Lana ini yang berjudul Our Scars. Persis
judulnya, parut luka yang tertoreh dalam kehidupan Elaina dan Zack sama-sama
membenihkan kepedihan yang mengocak ketenangan jiwa. Cumanya, luka yang dialami
Elaina sangat dalam sehingga luka itu membawa kepada suatu perjuangan yang
penuh aksi yang mendebarkan. Memaparkan sisi gangsterisme, pelaku
jenayah berprofil tinggi dengan menghubung kait beberapa watak daripada novel
terdahulu, Our Scars memaparkan watak heroin yang seolah-olah mempunyai split
personaliti. Kegigihan dan ketabahan Elaina memperjuangkan anaknya sendiri
daripada bekas suami, Akashah memaparkan pengorbanan seorang ibu yang sanggup
melakukan apa-apa sahaja demi anaknya. Isu ibu tumpang dizahirkan
dengan agak baik oleh penulis dalam novel ini, meskipun boleh timbul
persoalan-persoalan sampingan mengikut logik akal; tatapi sudah namapun
fiksyen, tidak perlulah terlalu serius. Banyak elemen yang saya suka
sebenarnya, sewaktu Elaina bagi penendang sebiji dekat Akashah, semasa Elaina
tiba-tiba muncul dalam bilik Akashah pada waktu malam dan ikat kakinya, dan of
course waktu sidang media yang dilakukan Elaina dan live session di Tiktok
untuk mendedahkan sisi gelap si bekas suami. Memang puas baca, nak pula kalau
membayangkan wajah-wajah kontroversi dalam kehidupan dunia nyata yang tular
baru-baru ini. Hahahaha... Cumanya satu. Ini secara
peribadi. Dek sebab terlalu teruja nak tahu pertarungan antara Elaina dan
Akashah, makanya saya rasa agak annoying dengan Zack yang mengharap cinta
daripada Elaina. Mungkin pusat minda sebagai pembaca yang nak sangat tahu macam
mana Elaina akan mendapatkan kembali anaknya, maka momen sweet antara Zack dan
Elaina dan bab Zack terlebih prihatin kepada Elaina tu rasa macam dibawa angin
lalu sahaja. Tuntasnya, bilamana baca Our
Scars teringat filem Hindustan lama dahulu lakonan Salman Khan, Rani Mukherjee
dan Priety Zinta berjudul Chori Chori Chupke Chupke yang turut menyelitkan isu
ibu tumpang. Cumanya di sana Priety Zinta memang tahu dirinya digunakan untuk
memperoleh zuriat berbeza dengan Elaian yang ditipu hidup-hidup untuk
mendapatkan zuriat oleh Akashah, dah tu padai pula cari yang cantik jeliti
sebab nak dapat baka keturunan yang molek lawa. Dush! So, kalau nak tahu dengan lebi
terperinci setiap apa yang ‘dimerapukan’ dalam tulisan di atas, perlulah cepat-cepat
mendapatkan Our Scars tulisan Acik Lana, seorang penulis yang tidak perlu lagi
diperkenalkan dalam arena penulisan karya kreatif, khususnya novel dalam
industri buku tanah air. Kesimpulan: