MANFAAT MEMPOPULARKAN SUKAN
TRADISIONAL
Pada zaman pascakemerdekaan ini,
sukan rakyat kian dilupakan oleh masyarakat kini. Mereka beranggapan bahawa
sukan ini merupakan sukan yang hanya dimainkan oleh nenek moyang mereka. Oleh sebab
itu, mereka mengatakan bahawa sukan ini sudah ketinggalan zaman dan mereka
hanya bermain permainan video dalam telefon pintar masing-masing. Hubungan antara
ahli keluarga juga semakin renggang apabila mereka meluangkan masa hanya Bersama
telefon pintar mereka. Pihak Kerajaan mestilah mempopularkan semula sukan
rakyat ini agar sukan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Persoalannya,
apakah manfaat-manfaat mempopularkan sukan rakyat ini?
Sukan rakyat dapat menjadi tarikan
pelancong merupakan antara manfaat mempopularkan sukan tersebut. Hal ini
dikatakan demikian kerana, pelancong suka akan keunikan sesebuah negara itu. Maka
ramai pelancong melancong dalam negara kita kerana keunikan atau keistimewaan
di negara kita seperti terdapatnya sukan rakyat ini. Sukan rakyat ini sangat
seronok dimainkan serta dapat menghilangkan stres serta tekanan dalam diri
kita. Antara contoh sukan rakyat yang digemari oleh pelancong ialah gasing dan
congkak. Gasing sangat popular dalam kalangan pelancong kerana kesukarannya itu
sangat mencabar diri mereka manakala congkak sangat seronok dimainkan serta
mencabar minda mereka untuk menang dalam permainan itu. Oleh sebab itu, pihak
kerajaan boleh mempromosikan sukan rakyat ini untuk meningkatkan kemasukan
pelancong ke dalam negara.
Seterusnya, sukan rakyat dapat
meningkatkan pendapatan rakyat. Hal ini demikian kerana, sukan rakyat ini akan
menjadi kesukaan orang ramai apabila telah dipopularkan oleh pelbagai pihak. Apabila
sukan ini menjadi kesukaan orang ramai, masyarakat akan membeli permainan
tersebut sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat. Sukan ini juga dapat
dipromosikan ke luar negara dan akan mendapatkan tempahan dari luar negara. Aktiviti
jual beli dari luar negara ini bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan
rakyat, malah dapat meningkatkan pendapatan negara serta menggalakkan
pertumbuhan ekonomi negara. Taraf hidup masyarakat juga akan meningkat dan
kadar pengangguran dalam negara akan berkurang.
Akhir sekali, sukan rakyat juga
merupakan identiti rakyat Malaysia. Sukan rakyat sudah dimainkan oleh nenek
moyang sejak sebelum merdeka lagi. Sukan rakyat seperti gasing, galah panjang,
congkak, batu seremban dan timbang bola merupakan sebahagian daripada identiti
rakyat Malaysia. Gasing dan timbang bola sering dimainkan oleh kaum lelaki manakala
congkak serta batu seremban selalu dimainkan oleh kaum wanita. Sukan rakyat ini
turut dapat merapatkan hubungan kekeluargaan atau persahabatan. Bahkan, tubuh
badan setiap individu yang bermain sukan ini dapat menjadi sihat dan cergas. Sudah
terang lagi bersuluh, bahawa sukan rakyat merupakan identiti rakyat Malaysia.
Kesimpulannya, terdapat banyak
manfaat mempopularkan sukan tersebut. Semua pihak seperti pihak kerajaan, ibu
bapa dan media massa mestilah bersatu hati bak peribahasa bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat untuk mempopularkan sukan rakyat ini.
Pihak kerajaan boleh mempromosikan sukan rakyat ini dalam media sosial seperti
Instagram, Facebook atau TikTok agar ramai orang mengenali serta mengetahui
tentang sukan rakyat ini. Saya berharap sukan rakyat ini tidak akan luput
ditelan zaman agar geenrasi akan datang tahu mengenai tradisi dan identiti
mereka.
Contoh Karangan Manfaat Mempopularkan Sukan Rakyat (Karangan Cemerlang SPM 2022)
oleh -
Januari 25, 2024
0
Tags: