Karangan Pendek UASA; Berapa Perenggan Perlu Ditulis?

Cikgu Muzz
oleh -
0
 


Karangan pendek merupakan soalan wajib dijawab dalam Kertas 2, Bahasa Melayu dalam pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Soalan ini memperuntukkan 10 markah. Sebenarnya, soalan ini merupakan soalan yang ‘sengaja’ dihadirkan dalam pentaksiran dengan tujuan untuk membantu murid memperoleh markah dengan mudah.
 
Murid perlu menggunakan semua isi yang terdapat dalam soalan sama ada dalam bentuk frasa atau gambar. Gunakanlah semua. Tidak wajib untuk menambah isi sendiri, namun tidak salah untuk berbuat demikian. Pastikan kesalahan bahasa minimum atau tiada serta ayat gramatis. Itu sahaja syaratnya untuk dapat 10 markah.
 
Antara persoalan yang sering muncul berkenaan soalan karangan pendek ialah berapa perenggan perlu ditulis. Ada murid berkata mereka diajar menulis karangan pendek cukup dengan satu perenggan sahaja. Manakala sebahagian murid lagi mengatakan perlu menulis karangan pendek dalam tiga perenggan. Mana satu yang betul?
 
Sebaik-baiknya, apabila disebut karangan, kita akan faham bahawa akan mempunyai pendahuluan, isi dan kesimpulan. Oleh itu, dinasihatkan untuk menulis karangan pendek dalam tiga perenggan.
 
Tulis pendahuluan dengan agak ringkas, memadai dengan satu atau dua ayat. Kemudian, tulis isi dalam perenggan baharu. Akhir sekali, tulis sebuah perenggan kesimpulan ringkas dengan satu atau dua ayat.
 
Semoga catatan ini dapat memberikan penjelasan dan membantu persediaan menghadapi UASA bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)