Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Teknik Menulis Pendahuluan & Kesimpulan Rumusan UASA Tingkatan 1-3

 


Rumusan ialah salah satu soalan yang boleh diuji dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) Tingkatan 1, 2 dan 3. Soalan rumusan boleh didapati dalam Kertas 1, Bahagian C.
 
Tahukah anda, bagaimanakah cara untuk menulis pendahuluan dan kesimpulan bagi soalan rumusan menengah rendah?
 
Teknik Menulis Pendahuluan Rumusan UASA
 
Petikan/Rumusan membincangkan (fokus) + (tema) + (pelaku/tempat).
 
Teknik Menulis Kesimpulan Rumusan UASA
 
Kesimpulannya, (tema) + hendaklah + (cadangan) + agar (kesan/harapan).
 
LATIHAN MENULIS PENDAHULUAN DAN KESIMPULAN RUMUSAN
 
Di Malaysia, Program Pertanian Bandar (PPB) diperkenalkan secara rasminya pada tahun   2014 setelah pembentukan bahagian pertanian bandar di bawah Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2010. Pertanian bandar selalunya dilakukan di kawasan terhad seperti kawasan terbiar, sudut atau ruang kosong termasuk atas bumbung di rumah atau bangunan yang boleh menggunakan beberapa kaedah seperti aeroponik, fertigasi, teknik filem nutrien (NFT) dan nutripot.

Masyarakat yang menjalankan pertanian bandar secara kecil-kecilan di kediaman masing-masing  mampu mendapatkan bahan makanan yang segar, berkualiti dan bebas bahan kimia dalam menu harian masing-masing. Pertanian bandar  berdepan dengan halangan kerana kawasan yang sesak dengan kepesatan pembangunan dan kekurangan kawasan hijau. Pertanian bandar sedikit sebanyak dapat menjadi medium penting bagi mengekalkan kelestarian kawasan bandar dengan meningkatkan jumlah kawasan hijau. Aktiviti ini bukan sahaja mencantikkan pemandangan, menambahkan kawasan teduhan dan mengawal suhu pada persekitaran kawasan bandar. Penanaman pokok sayur-sayuran seperti kangkung, bayam, terung, cili dan pokok buah-buahan di sekitar kawasan kediaman kini semakin mendapat sambutan masyarakat. Manfaat paling besar melibatkan diri dalam pertanian bandar sudah tentulah dalam aspek mengurangkan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri selain mampu menjanakan pendapatan tambahan. 
 
Berdasarkan perenggan pertama dan kedua dalam petikan kefahaman soalan rumusan di atas sudah cukup untuk membantu murid menulis pendahuluan dan kesimpulan rumusan. Dalam petikan kefahaman di atas kita dapat mengenal pasti beberapa aspek berikut:
 
Tema – Pertanian bandar
Fokus – Manfaat pertanian bandar
Pelaku – Masyarakat
Tempat - Malaysia

PENDAHULUAN
Rumusan membincangkan manfaat pertanian bandar di Malaysia.
 
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pertanian bandar hendaklah digalakkan agar melahirkan negara yang lebih hijau.

Post a Comment

0 Comments