UBBM SPM; Pentaksir Minta Buat Kesimpulan Spontan? Ini Yang Patut Anda Buat!

Cikgu Muzz
oleh -
0
 

Anda calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM? Mesti banyak persoalan yang timbul dam fikiran, bukan?
 
Ada satu situasi dalam ujian bertutur berkumpulan, katalah anda dan rakan-rakan sudah habis semua hujah. Kebetulan hanya seorang sahaja rakan mewakili kumpulan anda yang bersedia dengan kesimpulan; tiba-tiba pentaksir menyebut nama anda dan dua orang rakan lain untuk sama-sama membuat satu kesimpulan ringkas memandangkan masa minimum masih berbaki, apa tindakan anda?
 
Biasanya kalau di sekolah cikgu buat latihan bersama murid-murid cikgu, mesti akan ada yang ‘gelabah’, cuak dan takut. Sampaikan tungagng terbalik jadinya ayat yang dituturkan. Kesimpulan yang mudah tiba-tiba jadi sukar asbab nama disebut tiba-tiba dan tidak ada persediaan.
 
Makanya, dalam perkongsian kali ini; suka cikgu kongsikan kepada calon SPM yang akan mengambil UBBM SPM, untuk bersedia dengan rangka kesimpulan pasang siap seperti di bawah. Insya-ALLAH; mudah sahaja. Yang penting ada usaha dan keazaman untuk mencuba!
 
TEMA: Jika kehendak soalan berfokus kepada langkah / cara / kaedah / tindakan / usaha / punca / faktor / sebab
 
Kesimpulannya, (TEMA) hendaklah diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Hal ini dikatakan demikian kerana isu (TEMA) memberikan impak yang besar terhadap kehidupan manusia. Justeru, pelbagai pihak perlu bersinergi bagai aur dengan tebing dalam memastikan (TEMA) berada pada paksi yang betul.
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)