NUTP Mohon KPM Awalkan Tarikh Keputusan SPM 2023

Cikgu Muzz
By -
0
 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dikeluarkan pada 27 Mei 2024, iaitu hari Isnin.
 
Susulan kenyataan ini pelbagai respons diterima daripada warga pendidikan yang rata-ratanya terdiri daripada guru. Majoritinya berasa terkilan dengan pemilihan tarikh tersebut yang jatuh dalam musim cuti sekolah.
 
Perkara ini turut mendapat respons daripada persatuan guru terbesar di negara kita, iaitu NUTP.  Menerusi status yang dimuat naik dalam akaun rasmi NUTP di Facebook yang mempunyai lebih 59k pengikut, NUTP merayu KPM untuk mengubah tarikh pengeluaran keputusan SPM 2023 lebih awal kepada 23 Mei 2024 bersamaan hari Khamis.
 
Dalam surat siaran media yang dikeluarkan oleh NUTP, alasan yang dikemukakan termasuklah kebanyakan guru telah berada di kampung masing-masing malah ada yang telah merancang percutian.
 
Menerusi siaran media yang ditandatangani oleh setiausaha agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia bertarikh 9 Mei 2024 itu, memohon kepada KPM agar membuat pertimbangan semula tentang tarikh pengeluaran keputusan SPM 2023.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!