Dasawarsa ini, amalan menabung semakin luntur dalam kalangan masyarakat
pada hari ini. Menabung boleh didefinisikan sebagai menyimpan wang dalam tabung
dan sering kali dikaitkan dengan simpanan wang menabung kini boleh dilakukan
secara fizikal atau perbankan Internet bergantung pada kemudahan dan kesesuaian
individu menabung menabung memberikan pelbagai manfaat kepada masyarakat. Persoalannya,
apakah manfaat-manfaat yang dapat diperoleh jika kita memupuk amalan menabung?
Salah satu manfaat yang dapat kita peroleh ialah menabung dapat menjamin
kehidupan pada masa akan datang. Umum mengetahui bahawa hidup ini ibarat roda
yang berputar, kita tidak semestinya sentiasa berada dalam keadaan yang selesa.
Sebagai analoginya, kita boleh berada dalam keadaan kesusahan pada bila-bila
masa sahaja seperti kehilangan kerja secara tiba-tiba atau kos perubatan yang
tinggi. Sekiranya kita mempraktikkan amalan menabung, sudah pasti kita dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Tegaslah bahawa amalan menabung dapat
membantu kehidupan kita pada masa hadapan.
Seterusnya, amalan menabung dapat melahirkan sikap disiplin dalam diri
seseorang. Seperti sedia maklum, jika seseorang individu sentiasa didedahkan
dengan amalan menabung sudah tentu individu tersebut akan lebih berwaspada
dalam menguruskan perbelanjaannya. Sebagai tamsilnya, seseorang individu
perlulah menetapkan had perbelanjaan hariaannya. Sekiranya jumlah perbelanjaan
harian seseorang tidak ditetapkan pastinya individu tersebut akan bersikap
boros sekali gus menyebabkan pembaziran, pendek kata bahawa, sikap disiplin
dapat dipupuk melalui amalan menabung.
Di samping itu, keinginan seseorang juga dapat dipenuhi dengan aktiviti
menabung. Hal ini dikatakan demikian kerana measyarakat pada hari ini khususnya
remaja mudah terpengaruh dengan trend semasa. Sebagai contoh, remaja pada hari
ini sering didedahkan dengan teknologi yang canggih dan terkini seperti telefon
pintar, komputer riba dan sebagainya. Kesannya remaja akan lebih mempraktikkan
amalan menabung saban hari untuk memenuhi keinginan mereka persis untainan
peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Jelaslah bahawa
menabung dapat memenuhi keinginan seseorang.
Tuntasnya, amalan menabung mempunyai manfaat kehidupan dan kita seharusnya
menerapkan amalan menabung sejak kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Menabung juga dapat menjamin keberlangsungan hidup pada masa
akan datang walaupun mengambil masa yang agak lama untuk mendapatkan sesuatu
persis peribahasa sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Oleh itu, menabunglah
untuk masa depan anda.