Ramalan Bahasa Melayu Kertas 2 SPM 2024

Cikgu Muzz
oleh -
2
 

Dalam perkongsian kali ini saya akan cuba senarai pendek tajuk-tajuk yang boleh diuji dalam Kertas 2, Bahasa Melayu SPM bagi tahun 2024. Menerusi catatan ini juga kita dapat lihat tajuk-tajuk yang telah diuji bermula SPM 2021 yang menggunakan format baharu.

Apa-apapun, tajuk-tajuk ramalan ini seperti namanya, ramalan sahaja. Boleh jadi ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Sama ada ramalanku benar belaka, kita tunggulah nanti tarikhnya, 2 Januari 2025, jam 2.30 petang apabila peperiksaan kertas ini bermula.

SOALAN 1: MORFOLOGI
  • Kata kerja transitif (SPM 2021)
  • Manambah imbuhan pada perkataan bergaris (SPM II 2021)
  • Kata nama terbitan apitan (SPM U 2021)
  • Imbuhan apitan (SPM 2022)
  • Kata majmuk (SPM U 2022)
  • Kata ganda (SPM 2023)
  • Kata Adjektif
  • Kata Hubung
  • Kata Sendi
  • Kata Bantu
SOALAN 2: SINTAKSIS
  • Pola ayat (SPM 2021)
  • Ayat aktif kepada ayat pasif (SPM II 2021)
  • Ayat aktif kepada ayat pasif (SPM U 2021)
  • Ayat susunan biasa kepada susunan songsang (SPM 2022)
  • Bina enam ayat tanya (SPM U 2022)
  • Ayat pasif kepada ayat aktif (SPM 2023)
  • Cerakinkan ayat majmuk
  • Gabungkan ayat tunggal
  • Jenis-jenis ayat
  • Jenis-jenis ayat perintah
  • Cakap ajuk cakap pindah
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARD
Jika mengikut urutan tahun 2024 akan diuji dengan teks Kepimpinan Melalui Teladan

SOALAN 5: PERIBAHASA
  • Senaraikan peribahasa dan beri maksud (SPM 2021)
  • Nyatakan dua peribahasa berdasarkan situasi (SPM I 2021)
  • Nyatakan dua peribahasa berdasarkan situasi (SPM U 2021)
  • Dua peribahasa yang sama atau hampir sama maksud (SPM 2022)
  • Isi tempat kosong dengan peribahasa (SPM U 2022)
  • Tiga peribahasa berdasarkan petikan (SPM 2023)
  • Senaraikan peribahasa dan beri maksud
  • Peribahasa sama atau hampir sama maksud
  • Peribahasa berlawanan maksud
SOALAN 8: PERISTIWA NOVEL
  • Dua peristiwa yang menggembirakan berdasarkan sebuah novel (SPM 2021)
  • Dua peristiwa yang menimbulkan keinsafan berdasarkan sebuah novel (SPM II 2021)
  • Dua peristiwa yang dapat dijadikan pedoman berdasarkan sebuah novel (SPM U 2021)
  • Dua peristiwa yang dapat diteladani bagi setiap novel (SPM 2022)
  • Dua peristiwa yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian. (SPM U 2022)
  • Satu peristiwa yang menimbulkan rasa kagum bagi dua novel (SPM 2023)
  • Peristiwa yang menunjukkan kerjasama/tanggungjawab dalam masyarakat
  • Peristiwa yang tidak wajar dicontohi
  • Peristiwa yang memaparkan kepincangan dalam masyarakat
SOALAN 9: RUMUSAN
Kesemua soalan yang telah diuji sebelum ini melibatkan 3 bahan.
  • Tema Bahasa Melayu [langkah + cabaran] (SPM 2021)
  • Tema Guru [cara + peranan] (SPM II 2021)
  • Tema Stres [simptom + tindakan] (SPM U 2021)
  • Tema Buku Teks Digitan [kebaikan + cabaran] (SPM 2022)
  • Tema Pembelian Dalam Talian [faedah + langkah] (SPM U 2022)
  • Tema Wayang Kulit [punca + langkah] (SPM 2023)
  • 3 bahan dan 3 fokus

Catat Ulasan

2Ulasan

Catat Ulasan