Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang. Akhirnya, diberikan kesempatan masa juga kepada saya untuk
membuat sedikit analisis berkenaan tema dan tajuk soalan karangan SPM yang
telah diuji bermula SPM 2021 sejak format baharu diperkenalkan.
Pada masa yang sama, saya juga telah
membuat analisis soalan-soalan karangan dalam soalan percubaan SPM seluruh
Malaysia (setakat yang mampu diakses, terutamanya soalan yang digubal oleh panel
MPSM) bermula SPM 2021 hingga SPM 2024 untuk disenarai pendek sebagai tajuk
ramalan yang boleh diberi perhatian bagi menghadapi SPM 2024 yang tinggal
beberapa hari sahaja lagi.
Semoga perkongsian ini dapat membantu
buat semua calon SPM di luar sana!
TEMA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN
- Rencana kebaikan bersukan (SPM 2021)
- Rencana amalan gaya hidup sihat (SPM II 2021)
- Punca obesiti dalam kalangan masyarakat (SPMU 2021)
- Peranan ibu bapa memastikan anak-anak mengambil makanan sihat
- Punca keracunan makanan
- Langkah mengawal Aedes dan denggi / mencegah penyakit berjangkit
- Usaha mengelakkan tekanan mental dan emosi
TEMA KESELAMATAN
- Faktor berlakunya vandalisme (SPM 2022)
- Bentuk bantuan oleh negara lain ketika berlaku bencana alam (SPM 2022)
- Kemalangan jalan raya (SPM 2023)
- Bentuk bantuan kepada mangsa banjir (SPM 2023)
- Tindakan menangani penipuan dalam talian
- Langkah menangani buli siber / buli
- Punca berlakunya gejala sosial
- Peranan anggota keselamatan negara
TEMA PERPADUAN
- Cara mengekalkan amalan hidup bersatu padu (SPM 2021)
- Punca lunturnya semangat kejiranan
- Langkah memupuk semangat kejiranan
TEMA KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN ESTETIKA
- Peranan semua pihak mempopularkan lagu rakyat (SPM 2022)
- Langkah mempopularkan makanan tradisional
- Usaha mempopularkan permainan tradisional
TEMA JATI DIRI, PATRIOTISME DAN KEWARGANEGARAAN
- Faktor yang mempengaruhi personaliti remaja (SPM II 2021)
- Cara menghargai jasa ibu bapa (SPM 2023)
- Usaha membantu murid yang tidak yakin pada diri sendiri (SPM 2022)
- Adab anak-anak terhadap ibu bapa
- Peranan remaja untuk menjadi warganegara yang berkualiti
- Tanggungjawab pelbagai pihak menyemai semangat cinta akan negara
- Ciri pelajar yang cemerlang
TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
- Pengaruh positif media sosial (SPM 2021)
- Implikasi Internet (SPM II 2021)
- Kebaikan pembelajaran secara maya (SPM II 2021)
- Kesan penggunaan telefon pintar
TEMA ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI HIJAU
- Aktiviti pembalakan haram (SPMU 2022)
- Langkah menjaga alam sekitar (SPM 2023)
- Usaha mendidik masyarakat untuk menjaga alam sekitar
- Faktor kepupusan hidupan liar
TEMA PERTANIAN, PENTERNAKAN DAN PERIKANAN
- Sebab bidang pertanian / penternakan / perikanan kurang mendapat sambutan
- Usaha pelbagai pihak menarik minat generasi muda terhadap bidang ini
TEMA EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN
- Usaha mengembangkan perniagaan sejuk beku (SPM U 2021)
- Amalan menabung dalam kalangan masyarakat (SPM 2022)
- Tindakan sebagai pengguna yang bijak (SPM II 2021)
- Manfaat e-dompet
- Faedah pengurusan kewangan yang baik
TEMA PELANCONGAN
- Cara mempopularkan pelancongan kesihatan
- Faktor menggalakkan pelancongan domestik
- Manfaat melancong bersama-sama keluarga
- Kelebihan pelancongan gastronomi
TEMA SEJARAH DAN WARISAN
- Kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah
- Kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah
- Langkah memelihara bangunan warisan
- Kepentingan melestarikan produk kraf tangan
TEMA SUKAN DAN REKREASI
- Manfaat e-sukan
- Langkah menggalakkan pelibatan dalam e-sukan
- Usaha melahirkan atlet bertaraf antarabangsa
- Peranan sukan sebagai agen perpaduan
- Kepentingan penganjuran sukan bertaraf antarabangsa
TEMA PERINDUSTRIAN
- Manfaat kawasan perindustrian
- Kepentingan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
- Kelebihan barangan buatan Malaysia
TEMA PENDIDIKAN
- Kepentingan kegiatan kokurikulum (SPM 2023)
- Amalan sekolah penyayang
- Ciri sekolah selamat
- Peranan koperasi sekolah
- Langkah menggalakkan amalan membaca
- Manfaat TVET
- Membudayakan sekolah sejahtera
TEMA BAHASA DAN KESUSASTERAAN
- Usaha memartabatkan bahasa Melayu pada peringkat antarabangsa (SPM 2021)
- Manfaat mempelajari/membaca karya sastera
- Kepentingan menguasai bahasa asing
TEMA KERJAYA
- Implikasi kerja sambilan dalam kalangan pelajar (SPM 2021)
- Kesan apabila tersilap memilih kerjaya (SPM U 2022)
- Peluang kerjaya menggunakan medium Internet
- Perniagaan dalam talian
- Cabaran graduan menempu alam pekerjaan
TEMA INTEGRITI
- Usaha menangani gejala rasuah (SPM U 2022)
- Kepentingan integriti dalam kalangan pelajar
TEMA PENTADBIRAN DAN POLITIK
- Kepentingan kestabilan politik di sesebuah negara
- Ciri-ciri pemimpin yang berkesan