Tutorial Bergambar; 15 Langkah Lengkapkan 1 Kursus SiPP Sampai Dapat Lencana

Cikgu Muzz
oleh -
0
 

Dalam entri kali ini jom kita lihat langkah demi langkah untuk menyiapkan satu kursus dalam SiPP sampai berjaya memperoleh lencana atau badge. Tak susahpun, ikut sahaja langkah demi langkah dalam tutorial bergambar di bawah.

Pertama sekali taipkan url atau klik sahaja link ini


Kemudian, masukkan alamat e-mel yang telah didaftarkan seterusnya kata laluan.

Selepas berjaya log masuk, paparan sebegini akan dapat dilihat. Klik pada library.


Pilih mana-mana kursus, sebagai contoh Kursus Pendidik. Cari kursus yang bertulis Course sahaja untuk memperoleh lencana atau badge. Hal ini penting kerana setiap akaun hanya dikira aktif selepas memperoleh dua lencana. Kursus yang tidak bertanda Course hanya diberikan sijil.


Pilih kursus yang anda minati. Klik pada tulisan yang berwarna biru.


Paparan yang menunjukkan video-video penerangan tentang kursus akan keluar. Anda boleh menonton kesemuanya satu per satu. Jika anda mengalami kekangan masa anda boleh klik seterusnya sehingga paparan ujian keluar. Klik Take Test.


Klik pada Start Test untuk menjawab ujian. Anda boleh menggunakan kemudahaan Google Translate untuk bantuan terjemahan. Anda juga boleh menggunakan kemudahan ChatGPT untuk membantu anda memperoleh jawapan yang tepat. Markah lulus untuk memperoleh lencana dan sijil ialah 70%.


Setelah berjaya, anda boleh klik pada View Badge dan Download Certificate untuk muat turun lencana dan sijil untuk disimpan sebagai bahan bukti dan dokumentasi.


Anda perlu mengulang semula proses yang sama seperti di atas untuk memperoleh lencana yang kedua. Ingat, anda mesti mendapat dua lencana untuk mengesahkan bahawa akaun anda aktif.

Selamat mencuba dan semoga perkongsian ini membantu.

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)