30 Peribahasa Bertentangan Maksud

Cikgu Muzz
oleh -
0
 

Peribahasa bertentangan maksud atau peribahasa yang mempunyai maksud yang berlawanan boleh diuji dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SPM, Kertas 2 (1103/2).

Biasanya, calon perlu mengenal pasti dan menyenaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan kemudian memberikan peribahasa lain yang mempunyai maksud yang bertentangan.

Calon akan memperoleh satu markah apabila menyenaraikan peribahasa yang terdapat dalam petikan dengan tepat. Satu markah lagi diperuntukkan sekiranya calon dapat menulis peribahasa yang mempunyai maksud yang bertentangan dengan betul.

Jom, kita semak peribahasa-peribahasa yang mempunyai maksud yang bertentangan:
  1. aur dengan tebing – enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
  2. usaha tangga kejayaan – malas bergarit, perut perit
  3. bersatu teguh, bercerai roboh – jong pecah yu yang kenyang
  4. alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan – hendak seribu daya tak hendak seribu dalih
  5. sediakan payung sebelum hujan – nasi sudah menjadi bubur
  6. ringan tulang – berat tulang
  7. bulan dipagari bintang – seperti badak terentak
  8. katak di bawah tempurung – lubuk akal lautan
  9. banyak mulut – berat mulut
  10. mencurah air ke daun keladi – garam jatuh di air
  11. ibu angkat – ibu kandung
  12. berat mulut – ringan mulut
  13. pinang dibelah dua – tanduk bersendi gading
  14. tidur-tidur ayam – tidur mati
  15. hati emas – busuk hati
  16. genggam bara api biar sampai jadi arang - melepaskan batuk di tangga
  17. terang hati - gelap hati
Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)