Analisis Kata Kunci Fokus Rumusan SPM

Cikgu Muzz
oleh -
0
 

Soalan rumusan memerlukan soalan terakhir, iaitu Soalan 9 dalam Kertas 2, Bahasa Melayu (1103/2), peperiksaan SPM. Soalan ini mengandungi 30 markah. Terdapat beberapa langkah asas untuk menjawab soalan rumusan seperti berikut:

  1. Membaca dan menganalisis semua bahan.
  2. Mengenal pasti tema.
  3. Menyenaraikan fokus.
  4. Menganalisis 8 isi berdasarkan semua fokus dan bahan.
  5. Menulis rumusan yang lengkap.
Terdapat beberapa kata kunci digunakan bagi menyenaraikan fokus-fokus yang diuji dalam sesebuah rumusan. Sebanyak dua atau tiga fokus boleh diuji dalam sesebuah rumusan. Fokus biasanya ditulis dengan dimulakan oleh kata kunci diikuti kata kerja dan diakhiri dengan tema. Contohnya:

cara-cara menggalakkan semangat kejiranan
  • Kata kunci: cara-cara
  • Kata kerja: menggalakkan
  • Tema: semangat kejiranan
  • Fokus: cara-cara menggalakkan semangat kejiranan
Berikut dikongsikan kata kunci untuk fokus yang boleh dibaca, dihafal dan diingat oleh semua calon SPM atau murid menengah atas.
  • Kepentingan / kebaikan / faedah / manfaat / kesan positif / kelebihan / keutamaan
  • Ciri / kriteria / sifat
  • Halangan / cabaran / kekangan / masalah / rintangan
  • Punca / sebab / faktor / alasan
  • Tugas / tanggungjawab / peranan / fungsi
  • Akibat / implikasi / impak / kesan / natijah
  • Cara / usaha / langkah / kaedah / tindakan / inisiatif /
  • Persiapan / persediaan
  • Sumbangan / bakti / jasa
Berikut merupakan fokus-fokus yang telah diuji dalam siri SPM tahun-tahun sebelumnya:
Tema Bahasa Melayu [langkah + cabaran] (SPM 2021)
Tema Guru [cara + peranan] (SPM II 2021)
Tema Stres [simptom + tindakan] (SPM U 2021)
Tema Buku Teks Digitan [kebaikan + cabaran] (SPM 2022)
Tema Pembelian Dalam Talian [faedah + langkah] (SPM U 2022)
Tema Wayang Kulit [punca + langkah] (SPM 2023)

Tags:

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)