PROGRAM SUARAKAN DIRIMU: EDISI 1
Program Suarakan Dirimu merupakan cetusan idea Cikgu Muz di sekolah. Program ini tidak dan bukan bertujuan untuk mendidik anak-anak calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk bertutur khususnya dalam taksiran berkumpulan.
Mari kita bahagikan 12 minit minimum masa perbincangan berkumpulan.
- Calon A = 3 minit
- Calon B = 3 minit
- Calon C = 3 minit
- Calon D = 3 minit
Perbincangan yang paling baik bagi
cikgu, ialah perbincangan yang matang dan jelas dan dalam satu pusingan sahaja
serta menjawab kehendak soalan.
Mudah sebenarnya untuk bertutur selama 3 minit bagi seorang calon. Susun idea persis menulis perenggan isi karangan. Rancangan pertuturan dalam bilik kuarantin seperti sedang membina perenggan isi karangan yang terdiri daripada ayat isi, ayat huraian, ayat contoh, ayat kesan contoh, ayat ungkapan dan ayat penegasan. Salah satu tip untuk memanjangkan pertuturan ialah dengan memperbanyak contoh yang relevan dengan isi yang dibincangkan.
FORMULA 1
- AYAT ISI
- AYAT HURAIAN
- AYAT CONTOH 1
- AYAT KESAN CONTOH 1
- AYAT CONTOH 2
- AYAT KESAN CONTOH 2
- AYAT CONTOH 3
- AYAT KESAN CONTOH 3
- AYAT UNGKAPAN
- AYAT PENEGASAN
FORMULA 2
- AYAT ISI
- AYAT HURAIAN
- AYAT CONTOH 1
- AYAT CONTOH 2
- AYAT CONTOH 3
- AYAT KESAN CONTOH
- AYAT UNGKAPAN
- AYAT PENEGASAN
BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN
[30 markah]
TEMA: ALAM SEKITAR
Program kitar semula memberikan
pelbagai manfaat. Bincangkan. |
Bolehkan anda keluarkan ayat-ayat dalam perenggan di atas dan nyatakan jenis-jenis ayat tersebut? Apabila anda mampu mengenali jenis ayat dalam sebuah perenggan isi, maka secara tidak langsung ini menunjukkan anda faham sekali gus dapat membantu anda membina sendiri ayat-ayat tersebut.
BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN
[30 markah]
TEMA: PENDIDIKAN
Membaca pelbagai bahan boleh meningkatkan
ilmu pengetahuan seseorang. Bincangkan. |
Paparkan mesej perbincangan yang aktif dalam kumpulan WhatsApp dan jangan lupa hantar rakaman suara (voice mail) anda bertutur petikan isi yang telah anda hasilkan.
Ingat, hanya yang berusaha akan menggenggam kejayaan. Ayuh tanamkan misi markah Kertas 3 (1103/3) > 60 markah! Cikgu yakin, anda pasti boleh!
Done✅- Wahkyu
BalasPadamBaik 👌 Jangan lupa praktis!
PadamDONE - shuhada nurain
BalasPadamBaik 👌 Jangan lupa praktis!
Padamsaya faham , terima kasih cikgu
BalasPadamSama-sama. Semoga bermanfaat 👍
Padamdone - mya
BalasPadamDone✅ - Nur Hana Azzalea
BalasPadamdone - qasif
BalasPadamDone✅- yap
BalasPadamterima kasih cikgu,saya faham
BalasPadamdone - naz
BalasPadamdone - fatin
BalasPadam