Contoh Karangan Usaha Menggalakkan Masyarakat Menggunakan Pengangkutan Awam (Karangan Cemerlang SPM 2024)
oleh -Cikgu Muzz
Oktober 31, 2025
0
USAHA MENGGALAKKAN MASYARAKAT MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM
Pengangkutan awam
merupakan kenderaan umum yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada masyarakat.
Oleh itu, masyarakat seharusnya memanfaatkan sepenuhnya perkara ini. Pada era
kemodenan ini, pengangkutan awam sering kali dijadikan pilihan kedua oleh
masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka berpendapat menaiki
kenderaan persendirian lebih cepat walhal terdapat banyak manfaat menaiki
pengangkutan awam. Persoalannya, apatah usaha-usaha untuk menggalakkan
masyarakat menggunakan pengangkutan awam? Usaha-usaha untuk
menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam ialah pihak kerajaan sewajarnya
menawarkan diskaun berganda kepada masyarakat. Hal ini dikatakan demikian
kerana masyarakat akan tertarik untuk melancong atau berjalan-jalan menggunakan
pengangkutan awan seperti kapal terbang, feri dan MRT. Kesannya, masyarakat
dapat menambah pengalaman bak peribahasa jauh perjalanan, luas pemandangan.
Tegasnya, pihak kerajaan sewajarnya menawarkan diskaun berganda untuk menggalakkan
masyarakat menggunakan pengangkutan awam. Akhir sekali,
pihak kerajaan seharusnya menganjurkan kempen menggunakan pengangkutan awam.
Hal ini dikatakan demikian supaya masyarakat sedar tentang kelebihan
menggunakan pengangkutan awam. Contohnya, melalui kempen ‘Jom, Guna
Pengangkutan Awam!’. Kesannya, masyarakat akan menggunakan pengangkutan awan
walaupun untuk ke tempat kerja. Usaha ini ibarat serampang dua mata kerana
dapat meningkatkan ekonomi negara. Jelaslah bahawa pihak kerajaan seharusnya
menganjurkan kempen menggunakan pengangkutan awam. Kesimpulannya,
pengangkutan awam merupakan salah satu alternatif untuk melestarikan alam
sekitar. Oleh itu, masyarakat seharusnya menerapkan amalan menggunakan
pengangkutan awam dalam kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, semua pihak
hendaklah berganding bahu untuk menggalakkan lebih ramai menggunakan
pengangkutan awam demi kepentingan sejagat.