Contoh Karangan Punca Kemalangan Jalan Raya (Karangan Cemerlang SPM 2023)
oleh -Cikgu Muzz
November 01, 2025
0
CONTOH KARANGAN PUNCA KEMALANGAN JALAN RAYA
Dasawarsa ini,
kemalangan jalan raya antara cabaran sukar yang perlu ditangani oleh negara ini
yang merekodkan purata 17 kematian saban hari dengan kebanyakannya membabitkan
penunggang das pembonceng motosikal. Menurut Ketua Penolong Pengarah Jabatan
Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal
Abidin kira-kira 12 kemalangan maut dilaporkan setiap hari pada peringkat awal
penularan pandemik COVID-19, berbanding dengan 17 kes pada 2019. Persoalannya,
apakah faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya di Malaysia? Faktor utama yang
menyumbang kepada kemalangan jalan raya ialah penggunaan telefon bimbit semasa
memandu. Masyarakat kini kurang mempunyai kesedaran tentang keselamatan jalan
raya dan bersikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing- masing.
Penggunaan telefon bimbit menyebabkan mereka hilang tumpuan semasa memandu,
seterusnya membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Jelaslah, penggunaan
telefon bimbit semasa memandu merupakan faktor berlakunya kemalangan di jalan
raya. Di samping itu,
kerosakan jalan raya juga merupakan faktor berlakunya kemalangan jalan raya. di
Malaysia. Hal ini tercetus disebabkan turapan tar yang tidak rata dan jalan
raya yang berlubang. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan
Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, sebanyak 101 kematian akibat
kerosakan jalan raya direkodkan pada tahun 2015 manakala pada tahun 2014,
sebanyak 89 orang mengalami cedera ringan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa
kerosakan jalan raya menjadi punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara
kita. Konklusinya,
semua pihak perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi membendung
masalah ini. Sekiranya semua pihak memberi kerjasama kes kemalangan jalan
raya dapat disifarkan demi kesejahteraan rakyat Malaysia.