Ujian Bertutur Bahasa Melayu Kembali lagi untuk edisi 2025. Bagi pentaksiran kali ke-5 silibus baharu KSSM ini, tarikh pentaksiran SPM akan bermula dari 3 November 2025 hingga 6 November 2025. Empat hari yang mungkin ditunggu-tunggu oleh sesetengah calon kerana pentaksiran ujian bertutur dianggap kacang! Atau boleh sahaja satu episod mimpi ngeri bagi individu yang berasa sukar untuk bertutur dengan baik apatah lagi dalam format peperiksaan.
Hakikatnya, tak susah manapun untuk menjayakan perbincangan dalam kumpulan dalam pentaksiran UBBM ini. Hanya perlu bertutur sebagaimana menulis sebuah perenggan isi karangan yang lengkap. Ada isi, huraian, contoh, kesan contoh, ungkapan dan penegasan. Kalau boleh tambahkan huraian dan contoh menjadi dua atau tiga ayat, lagi bagus.
Pada hujungnya, masing-masing boleh membuat satu kesimpulan berkenaan dengan tajuk perbincangan secara ringkas.
Itu sahaja. Tamat.
Dalam perkongsian ini, cikgu kongsikan video simulasi Ujian Bertutur Bahasa Melayu (berkumpulan). Mungkin simulasi ini masih belum sempurna, tetapi masih boleh dijadikan sebagai panduan untuk proses pembelajaran.
Selamat maju jaya! Buat yang terbaik
semasa UBBM, 3-6 November 2025 nanti!

