Soalan tatabahasa merupakan soalan yang terdapat dalam Kertas 2, Bahasa
Melayu SPM (1103/2). Markah yang diperuntukkan untuk soalan tatabahasa pada
peringkat SPM ini ialah sebanyak 30 markah meliputi aspek berikut:
- Bina ayat (6 markah)
- Sintaksis (6 markah)
- Kesalahan ejaan dan imbuhan (6 markah)
- Kesalahan kata, istilah dan tatabahasa (6 markah)
- Peribahasa (6 markah)
Berikut merupakan analisis soalan 3(a), iatu bina ayat soalan SPM sebenar
dari tahun 2005 hingga 2019. Dalam sejarah peperiksaan SPM, hanya pada tahun
2012 sahaja calon dibenarkan untuk menambahkan imbuhan pada perkataan dalam
soalan semasa membina ayat. Bagi tahun-tahun yang lain, calon tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan tersebut
sebagai kata nama khas atau peribahasa.
TAHUN SPM
|
SOALAN
|
2005
|
Kata berimbuhan
|
2006
|
Kata dasar dan kata berimbuhan
|
2007
|
Kata dasar dan kata berimbuhan
|
2008
|
Kata majmuk
|
2009
|
Kata ganda
|
2010
|
Kata berimbuhan
|
2011
|
Kata nama
|
2012
|
Kata ganda (boleh tambah imbuhan)
|
2013
|
Kata berimbuhan
|
2014
|
Penjodoh bilangan
|
2015
|
Rangkai kata
|
2016
|
Kata berimbuhan dan kata ganda berimbuhan
|
2017
|
Kata dasar dan kata ganda penuh
|
2018
|
Rangkai kata
|
2019
|
Kata terbitan awalan
|