Soalan tatabahasa merupakan soalan yang terdapat dalam Kertas 2, Bahasa
Melayu SPM (1103/2). Markah yang diperuntukkan untuk soalan tatabahasa pada
peringkat SPM ini ialah sebanyak 30 markah meliputi aspek berikut:
- Bina ayat (6 markah)
- Sintaksis (6 markah)
- Kesalahan ejaan dan imbuhan (6 markah)
- Kesalahan kata, istilah dan tatabahasa (6 markah)
- Peribahasa (6 markah)
Berikut merupakan analisis soalan 3(b), iatu bahagian sintaksis soalan SPM
sebenar dari tahun 2005 hingga 2019. Dalam sejarah peperiksaan SPM, bahagian
sintaksis merupakan antara soalan tatabahasa yang dianggap paling mencabar. Hal
ini demikian kerana, soalan-soalan pada bahagian ini memerlukan pengetahuan
tentang hukum tatabahasa.
Pada kesempatan ini dikongsikan populariti soalan pada bahagian sintaksis
ini.
TAHUN SPM
|
SOALAN
|
2005
|
Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
|
2006
|
Mencerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal
|
2007
|
Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
|
2008
|
Menyatakan pola ayat
|
2009
|
Mengenal pasti subjek dan predikat
|
2010
|
Membina ayat tanya menggunakan kata tanya
|
2011
|
Menyambungkan ayat
|
2012
|
Menukarkan ayat songsang kepada ayat susunan biasa
|
2013
|
Menyatakan pola ayat
|
2014
|
Mengenal pasti subjek dan predikat
|
2015
|
Mencerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal
|
2016
|
Menukarkan ayat susunan biasa kepada ayat songang
|
2017
|
Mengenal pasti jenis ayat
|
2018
|
Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
|
2019
|
Menggabungkan ayat
|