Soalan tatabahasa merupakan soalan yang terdapat dalam Kertas 2, Bahasa
Melayu SPM (1103/2). Markah yang diperuntukkan untuk soalan tatabahasa pada
peringkat SPM ini ialah sebanyak 30 markah meliputi aspek berikut:
- Bina ayat (6 markah)
- Sintaksis (6 markah)
- Kesalahan ejaan dan imbuhan (6 markah)
- Kesalahan kata, istilah dan tatabahasa (6 markah)
- Peribahasa (6 markah)
Berikut merupakan analisis soalan 3(e), iatu bahagian peribahasa soalan SPM
sebenar dari tahun 2005 hingga 2019. Dalam sejarah peperiksaan SPM, bahagian
peribahasa merupakan antara soalan tatabahasa yang dianggap mencabar. Hal ini
demikian kerana, soalan-soalan pada bahagian ini memerlukan pengetahuan tentang
peribahasa, maksud peribahasa dan tatacara menggunakan peribahasa dalam
penulisan ayat. Di samping itu, ejaan peribahasa juga sangat penting kerana
ejaan yang tersasar dan mengubah maksud walaupun satu huru akan menyebabkan
akan kehilangan markah.
Pada kesempatan ini dikongsikan pola soalan pada bahagian peribahasa ini.
TAHUN SPM
|
SOALAN
|
2005
|
Menyatakan peribahasa yang sesuai denga ayat
|
2006
|
Menyenaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat
|
2007
|
Menyatakan maksud peribahasa
|
2008
|
Membina ayat berdasarkan peribahasa
|
2009
|
Menyatakan peribahasa yang sesuai
|
2010
|
Mengisi tempat kosong dengan peribahasa
|
2011
|
Menyatakan peribahasa berdasarkan maksud peribahasa
|
2012
|
Menyatakan maksud peribahasa
|
2013
|
Mengisi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
|
2014
|
Menyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa
|
2015
|
Menyatakan peribahasa yang sama atau hampir sama maksud dengan peribahasa
yang dinyatakan
|
2016
|
Menyatakan maksud peribahasa
|
2017
|
Menyatakan peribahasa yang sesuai dengan situsasi dalam dialog
|
2018
|
Menyatakan peribahasa yang sama atau hampir sama maksud
|
2019
|
Menyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat
|