Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Ulasan PT3] Faedah Aktiviti Perkhemahan

BAHAGIAN C
(15 Markah)

Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasana yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

Aktiviti perkhemahan merupakan salah satu aktiviti badan beruniform yang sering diadakan di sekolah. Terdapat pelbagai manfaat yang dapat diperoleh daripada aktiviti perkhemahan. Salah satunya ialah dapat membina semangat berpasukan. Pada kebiasaannya pengisian aktiviti perkhemahan memerlukan kerjasama dan penglibatan ahli kumpulan dalam menjayakan sesuatu aktiviti seperti mendirikan khemah dan memasak. Selain itu, faedah aktiviti perkhemahan yang seterusnya ialah dapat membina ketahanan fizikal dan mental. Hal ini dapat dilihat menerusi aktiviti lasak yang dilakukan seperti flying fox, merentas hutan, mendaki gunung dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti mencabar seperti ini mampu membina keterampilan diri seseorang murid. Akhir sekali, pengisian persembahan kretaif dalam aktiviti perkhemahan pula mampu mencungkil dan mengasah bakat terpendam dalam diri murid.

(107 patah perkataan)

Post a Comment

0 Comments