Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Karangan Pendek PT3] Peranan Hidup Berjiran




            Hidup berjiran hendakah bersandarkan prinsip bagai aur dengan tebing, saling melengkapi dalam menjalani kehidupan seharian. Terdapat beberapa peranan yang perlu diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat khususnya oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian sentiasa terpelihara.

            Salah satu peranan hidup berjiran ialah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar tempat tinggal. Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama-sama kerana kebersihan merupakan asas dalam kehidupan. Selain itu, menolong jiran yang memerlukan juga merupakan suatu amalan yang mulia yang perlu dijadikan amalan dalam hidup seseorang. Meskipun pertolongan yang dihulurkan tampak kecil seumpama menumpangkan jiran ke sesuatu destinasi, namun besar ertinya dalam mengukuhkan ikatan persaudaraan dan tali silaturahim sesama jiran tetangga. Tambahan lagi, mengunjungi jiran dan membawa buah tangan seperti juadah istimewa juga merupakan amalan dalam mengukuhkan kehidupan berjiran.

            Konklusinya, jiran ialah insan yang paling hampir dengan kehidupan kita. Seharusnya, tanggungjawab memelihara hubungan kejiranan ini perlu disemai pada semua peringkat umur masyarakat terutamnya anak-anak agar terus menjadi ikutan dari satu generasi ke generasi yang lain.

Post a Comment

0 Comments