Latihan Rumusan SPM KSSM: Jenayah Seks

Cikgu Muzz
By -
1

Baca petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

BAHAN 1: PETIKAN TEKS

            Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap wanita tanpa mengira umur atau kedudukan perlu beranggapan bahawa mereka mungkin pada bila-bila masa sahaja akan menjadi mangsa jenayah seks. Tetapi jika tanggapan ini diambil kira, segala usaha dan pemikiran harus digembleng untuk mencari kaedah dan formula bagi menangani jenayah terkutuk ini.

            Oleh sebab faktor-faktor yang mendorong perlakuan jenayah seks itu saling berkaitan, maka sebarang tindakan untuk menghapuskan salah satu daripada faktor-faktor tersebut perlu dicegah, sementara yang selebihnya diabaikan. Hal ini  pastinya tidak akan menghasilkan impak yang diharap-harapkan. Tindakan undang-undang tanpa kompromi untuk membanteras pengedaran dan penjualan bahan-bahan lucah sememangnya wajar dialu-alukan dan disokong. Tetapi perlu diingat, tindakan ini tidak akan memberi impak jangka panjang yang berkesan sekiranya faktor-faktor lain yang mendorong kepada jenayah seks ini tidak tidak dibanteras sama. Memperuntukkan hukuman yang lebih berat dari segi undang-undang agar mereka yang ingin melakukan jenayah seks ini “berfikir dua kali” sebelum melakukannya, merupakan satu kaedah yang mesti diambil kira di samping mengurangkan had umur pengenaan hukuman kerana selama ini  mereka yang berumur bawah18 tahun tertakluk kepada undang-undang juvana yang lebih ringan hukumannya. 

            Namun yang lebih baik ialah kesedaran untuk “ berfikir dua kali” itu adalah kesedaran yang datang dari dalam diri sendiri. Untuk itu pendidikan memainkan peranan penting khususnya pendidikan informal melalui aktiviti kemasyarakatan, pembacaan dan pergaulan. Selain itu, sikap keterbukaan yang terkawal dalam membincangkan isu-isu seks mesti dilakukan. Sudah sampai masanya, perspektif yang lebih positif terhadap seks disebarkan dengan mengkaji semula kaedah dan matlamat pendidikan seks yang sedia ada. Sehubungan itu, aspek pertama yang memerlukan kajian dan rumusan segera ialah kurikulum pendidikan seks sedia ada itu sendiri. Ini kerana, fungsi seks sebagai unsur kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga serta sebagai faktor yang meneruskan kelangsungan kehidupan bermoral memang kurang dibincangkan apatah lagi sebagai  unsur yang mampu mencetuskan kegawatan sosial memang  tidak diketengahkan.

            Para ibu bapa dan masyarakat keseluruhannya perlu menggembleng tenaga dan fikiran ke arah membasmi perlakuan  jenayah seks ini. Langkah-langkah untuk memantau aktiviti  remaja yang merupakan anak-anak atau jiran mereka merupakan sumbangan paling berharga ke arah pembasmian yang dimaksudkan. Para remaja itu sendiri pula, perlu memantapkan disiplin kendiri dan memantapkan harga diri.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Membanteras Jenayah Seks Dengan Bijaksana,
oleh Ramlan Abd. Wahab, Dewan Masyarakat, September 2001)

BAHAN 2 : GRAFIK


>>> Jawapan

Tags:

Post a Comment

1Comments

  1. Assalamualaikum cikgu..boleh saya copy soalan rumusan dan jawaban?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!