Jawapan Rumusan PT3: Kebaikan Menderma Darah

Cikgu Muzz
By -
0

 

CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN KEBAIKAN MENDERMA DARAH

Pendahuluan

Petikan membincangkan kebaikan menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Isi-Isi Penting

  1. Dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa.
  2. Dapat membantu pesakit-pesakit kronik untuk meneruskan kehidupan.
  3. Mengetahui kumpulan darah dan masalah kesihatan.
  4. Membantu dalam melancarkan aliran darah penderma.
  5. Membantu badan mengawal tahap kolesterol.
  6. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  7. Memastikan bank darah hospital sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.

Kesimpulan

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah prihatin untuk menderma darah agar dapat membantu insan yang memerlukan.

Jawapan Lengkap

Petikan membincangkan kebaikan menderma darah dalam kalangan masyarakat.

Salah satu kebaikan menderma darah ialah dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa dan membantu pesakit-pesakit kronik untuk meneruskan kehidupan. Seterusnya, dengan menderma darah penderma dapat melancarkan aliran darah serta mengetahui kumpulan darah dan masalah kesihatan. Di samping itu, manfaat menderma darah juga ialahmembantu badan mengawal tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah prihatin untuk menderma darah agar dapat membantu insan yang memerlukan.

>>> Soalan

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!