Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan
petikan tersebut tulis satu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
Kempen Derma Darah sering diadakan
bagi menggalakkan orang ramai menderma darah. Banyak kebaikan yang dapat
diperoleh dengan menderma darah. Setiap kali menderma darah, anda dapat
menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa. Keperluan menderma darah sangat
penting kepada pesakit yang memerlukan pemindahan darah. Dengan menderma darah,
anda dapat membantu pesakit-pesakit kronik untuk meneruskan kehidupan. Contohnya pesakit Talasemia
yang memerlukan pemindahan darah secara
konsisten.
Apabila anda menderma darah, darah
anda akan diuji di makmal. Hal ini membolehkan anda mengetahui kumpulan darah
dan masalah kesihatan anda. Langkah pencegahan awal dapat diambil bagi
mengelakkan sebarang masalah. Menderma darah dapat juga membantu dalam
melancarkan aliran darah penderma dan membantu badan mengawal tahap kolesterol
serta mengurangkan risiko penyakit jantung.
Setiap darah yang didermakan hanya
boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu penderma darah secara
konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan
darah yang mencukupi.Tidak ada apa-apa yang perlu ditakuti. Semua tugas
pendermaan dilakukan secara profesional. Anda tidak akan berasa sedikit pun
kesakitan. Setiap jarum dan perkakasan yang lain hanya digunakan sekali sahaja.
Selepas menderma, darah anda akan diganti dalam masa 48 hingga 72 jam.proses
itu menjadikan badan anda lebih sihat, kuat dan segar.
>>> Jawapan
MENGAPA TAK BOLEH COPY?
ReplyDeletedia xnak pahala kongsi ilmu tu..
DeleteYa, betullah tu, memang saya buat blog ini sebab tak nak pahala kongsi ilmu pun; tapi rasanya ayat kena ubah sikit 'kongsi' tu kena ubah kepada 'copy' atau 'salin' itu lebih tepat.
Delete