Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha menangani masalah vandalisme. Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Setiap tahun pihak
kerajaan atau pihak swasta telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
membaik puih pelbagai kemudahan awam akibat kegiatan vandalisme. Kemudahan awam
ini telah dirosakkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak mempunyai
sikap memiliki setiap kemudahan yang disediakan. Perbuatan segelintir pihak
yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab ini telah mengundang pelbagai
komplikasi.
Pelbagai langkah harus
dilakukan untuk membanteras kegiatan vandalisme daripada terus-menerus
berleluasa. Dalam hal ini pendidikan merupakan asas utama yang dapat mengubati
penyakit ini. Melalui silibus kurikulum pendidikan di sekolah, diharapkan mampu
menyemaikan kesedaran cinta terhadap kemudahan awam dalam kalangan masyarakat,
khususnya golongan belia. Selain itu, masyarakat haruslah prihatin dan
bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sekiranya terlihat akan individu yang
melakukan kegiatan vandalisme. Oleh itu, Kelab Rukun Tetangga di sesebuah
kawasan perumahan perlulah memberikan kerjasama yang padu untuk melakukan
kawalan di kawasan masing-masing.
Selain itu, hukuman
yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pesalah vandalisme sebagai suatu
jalan pencegahan yang paling baik. Ada yang mencadangkan supaya pesalah
vandalisme ini didenda melakukan kerja pembersihan di kawasan awam seperti
tanda awam dan perhentian bas. Hukuman ini adalah sebagai teladan dan
pengajaran kepada individu yang lain agar tidak melakukan perbuatan vandalisme.
Pihak berkuasa dengan kerjasama daripada orang ramai boleh mengadakan pelbagai
program seperti pameran supaya masyarakat menghargai segala kemudahan awam yang
disediakan.
Seterusnya, pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak majlis perbandaran boleh menganjurkan kempen yang dapat meningkatkan kesedaran rakyat khususnya golongan remaja. Setiap program yang diadakan perlu melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan kempen ini.
>>> Jawapan
wah ringkasan ini sangat membantu untuk saya ingin belajar
ReplyDelete