Latihan Rumusan PT3: Usaha Memperkasakan Sektor Pertanian

Cikgu Muzz
By -
0



Baca petikan dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
 
        Pelaksanaan pelbagai inisiatif baharu ke arah memperkasakan sektor pertanian dan industri asas tani negara jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan terhadap usaha meningkatkan taraf hidup petani, penternak dan nelayan di negara ini. Perkara Ini seiring kepentingan peranan golongan itu dalam memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan. Pihak kerajaan memberi penekanan terhadap usaha meningkatkan keupayaan negara menghasilkan bekalan sendiri melalui peningkatan kapasiti pengeluaran pelbagai produk pertanian dan hasil penternakan.
 
        Seterusnya ialah mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pengenalan dasar itu penting kerana terlalu banyak implikasi negatif  kepada negara sekiranya terlalu bergantung kepada bekalan makanan import. Hai ini turut menjadikan negara kita kurang berdaya maju dari segi penghasilan bekalan makanan sendiri. Justeru, kerajaan memberi sepenuhnya keutamaan terhadap pelaksanaan teknologi yang berinovasi sebagai langkah strategik membantu mengurangkan kebergantungan bekalan makanan import. Di samping itu, program tersebut dianggap seperti serampang dua mata apabila  pada masa yang sama dapat memperkasakan sosioekonomi petani.
 
        Seterusnya, Kempen Pertanian Suatu Perniagaan yang  dilaksanakan secara konsisten memberikan pendedahan kepada rakyat, khususnya pada peringkat akar umbi menceburi kegiatan pertanian, Hal ini, turut diyakini mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan negara, sekali gus memastikan bekalan sentiasa mencukupi bagi mendepani apa juga situasi.Selain itu, penyaluran bantuan berkaitan seperti subsidi baja dan padi juga perlu diteruskan bertujuan memastikan kos penghasilan makanan dapat dikawal selia agar tidak terlalu tinggi dan boleh menghasilkan keuntungan.
 
        Kesimpulannya, peningkatan penghasilan makanan memerlukan kerjasama pelbagai pihak, termasuk peladang.  Oleh itu,komitmen berterusan kerajaan dalam membantu golongan ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil makanan, malah meningkatkan taraf sosioekonomi golongan berkenaan.
 

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!