CADANGAN JAWAPAN RINGKASAN
USAHA MENANGANI VANDALISME
Isi-Isi Penting
- Menerusi silibus kurikulum pendidikan di sekolah diharap dapat menyemai kesedaran cinta akan kemudahan awam dalam kalangan masyarakat.
- Masyarakat prihatin dan bertanggungjawab untuk mengambil tindakan sekiranya terlihat individu yang melakukan vandalisme.
- Kelab Rukun Tetangga di kawasan perumahan memberikan kerjasama dengan melakukan kawalan di kawasan masing-masing.
- Hukuman yang berat perlu dikenakan kepada pesalah vandalisme.
- Pihak berkuasa dengan kerjasama orang ramai mengadakan program menghargai kemudahan awam.
- Pihak berkuasa tempatan menganjurkan kempen kesedaran.
Jawapan Lengkap
Salah
satu usaha menangani vandalisme ialah masyarakat prihatin dan bertanggungjawab
untuk mengambil tindakan sekiranya terlihat individu yang melakukan vandalisme.
Seterusnya, Kelab Rukun Tetangga di kawasan perumahan memberikan kerjasama
dengan melakukan kawalan di kawasan masing-masing dan hukuman yang berat perlu
dikenakan kepada pesalah vandalisme. Tambahan lagi pihak berkuasa dengan kerjasama
orang ramai mengadakan program menghargai kemudahan awam. Akhir sekali, pihak berkuasa
tempatan menganjurkan kempen kesedaran.
>>> Soalan