CADANGAN JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: KETAGIHAN
PERANTI ELEKTRONIK
Bahan 1
Fokus 1: Implikasi Ketagihan Peranti Elektronik
- Kegagalan menjalani rutin seharian
- Mengganggu emosi seseorang dan kemurungan
- Mengganggu proses penyediaan generasi akan datang yang berwibawa, berdisiplin dan berkemahiran tinggi
- Boleh menjejaskan penglihatan mereka dan menyebabkan mata menjadi rabun
- pembaziran masa yang kritikal
- Masalah kesihatan
- Terdedah dengan masalah daya tumpuan yang rendah dan kawalan emosi yang tidak disusun dengan baik
- Mengurangkan tumpuan mereka terhadap pelajaran atau tugasan yang diberikan
Fokus 2: Sebab-Sebab Ketagihan Peranti Elektronik
Semakin Teruk
- Perkembangan teknologi komunikasi yang semakin bervariasi
- Ditambah pula keadaan ekonomi semasa yang menuntut ibu bapa mencari nafkah demi menyara keluarga
- Anak remaja semakin terabai dan tidak terkawal
Bahan 2
Fokus
1: Implikasi Ketagihan Peranti Elektronik
- Tidak berminat dengan aktiviti lain.
- Lambat bercakap.
- Kemahiran komunikasi yang lemah.
- Mudah marah dan mengamuk jika tidak diberikan peranti elektronik.
Fokus 3: Cara-Cara
Mengatasi Ketagihan Peranti Elektronik
- Tidak mendedahkan anak-anak di bawah usia dua tahun dengan peranti elektronik.
- Mengehadkan penggunaan peranti elektronik satu jam sehari.
- Mengharamkan penggunaan peranti elektronik di meja makan dan di dalam bilik tidur.
JAWAPAN
LENGKAP
Rumusan membincangkan implikasi dan sebab ketagihan peranti elektronik serta cara-cara mengatasi ketagihan terhadap peranti elektronik dalam kalangan remaja.
Salah satu implikasi ketagihan telefon pintar ialah mengganggu emosi seseorang dan kemurungan. Selain itu, implikasi lain ialah pembaziran masa yang kritikal dan masalah kesihatan. Di samping itu, ketagihan kepada peranti elektronik menyebabkan seseorang tidak berminat dengan aktiviti lain dan kemahiran komunikasi akan menjadi lemah.
Antara sebab yang menyebabkan kepada ketagihan peranti elektronik ialah perkembangan teknologi komunikasi yang semakin bervariasi dan remaja yang semakin terabai serta tidak terkawal.
Justeru, cara mengatasi ketagihan peranti elektronik yang boleh diamalkan ialah mengehadkan penggunaan peranti elektronik satu jam sahaja untuk sehari.
Kesimpulannya, remaja hendaklah mengawal penggunaan peranti elektronik agar kehidupan lebih sejahtera.
>>> Soalan
Sangat membantu
ReplyDelete