Novel ini berkisar tentang
seorang gadis genius bernama Farisha. Farisha mula mengenali Aqram dalam
penerbangan dari Lapangan Terbang Senai ke Kuala Lumpur. Selepas itu, Aqram
menawarkan sebuah projek mini kepada Farisha dan Rosman ketika mereka bertemu
dengan Aqram dalam The 3rd Malaysia Computer Security Symposium.
Setelah bersetuju, Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman dengan Dr. Maxi yang
dibantu oleh Aqram, Khairul Anwar, dan Alia. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta
kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok computer Soft Lab dalam
tempoh sebulan. Shida pula diminta oleh Soft Lab untuk menulis rencana manakala
Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Shida merupakan pelan sandaran
yang terakhir.
Projek Dinara di Soft Lab
terpaksa dihentikan kerana Karl terlantar akibat barah usus. Dr. Maxi mengetuai
Projek Dinara. Dalam badan Farisha telah dimasukkan cip telepati yang dapat
berhubung terus dengan Karl. Semua perbualan Farisha dengan Karl dapat dilihat
oleh Dr. Maxi, Aqram, dan Khairul Anwar. Sejak itu, kesihatan Farisha kurang
stabil. Shida pula dapat mengesan misteri dalam Projek Dinara apabila nama
Medina dipadamkan dari sejarah syarikat Soft Lab.
Farisha melawat Azraai dan
terkejut kerana Azraai terkena serangan jantung serta mengetahui hakikat bahawa
dia anak angkat dalam keluarga Azraai. Keesokannya, Farisha pengsan di Soft Lab
lalu dikejarkan ke hospital. Dr. Maxi merancang Plan B untuk
menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha. Shida menjalani sesi
bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Farisha mengalami mimpi bertemu
dengan ibunya, Medina (Marilyn). Farisha memberitahu Azraai bahawa Marilyn
menghubunginya menyebabkan Azraai membawa Farisha keluar dari hospital menuju
ke selatan. Farisha telah diculik oleh pembantupembantu Medina di Hentian
Pagoh.
Kedatangan Marilyn ke Soft
Lab telah membongkar rahsia bahawa dia ialah ibu kandung Farisha hasil
hubungannya dengan Karl. Karl menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul
7.00 malam.
Mantap buyung puyuh
ReplyDeleteburung apa
Delete